PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Tuesday, 27 March 2012

Hassan Ali "Liar" - Dr Halimah Ali



SHAH ALAM, 27 Mac: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali (gambar) kesal dengan dakwaan Adun Gombak Setia, Datuk Dr Hassan Ali mengenai pengubahsuaian pejabatnya.

Jelasnya, pejabat yang diduduki pada masa ini merupakan pejabat yang ditumpangi semenjak beliau dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri.



“Untuk membuktikan kata ini, saya menjemput semua media melawat pejabat saya sebagai membuktikan bahawa dakwaan Hassan Ali adalah satu tuduhan liar semata-mata yang inginkan perhatian rakyat.

“Memang tiada ubahsuai apa pun di pejabat itu. Saya jemput semua datang ke pejabat saya dan jangan lupa bawa kamera sekali,” kata beliau yang juga Adun Selat Klang ketika ditemui di lobi Dewan Negeri Selangor, petang semalam.

Sementara itu, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar turut menyangkal tuduhan Hassan yang mendakwa beliau menggunakan peruntukan yang tinggi untuk melakukan pengubahsuaian pejabat.

“Saya memang ada buat ubahsuai pejabat, tetapi cuma tukar karpet dan tambah partition untuk beri keselesaan pada rakyat yang  ada urusan ke pejabat saya, itu sahaja.

“Rakyat yang hadir pejabat saya pasti akan berkata pejabat exco guna karpet yang lusuh dan tiada partition antara kakitangan, mengapa pemerintahan kerajaan terdahulu semua serba baru. Maka dengan itu, saya tukar karpet dan tambah partition.

“Anda fikir dengan pengubahsuaian yang saya sebut tadi tu boleh cecah ke RM300,000? Tentulah kos ubah suai yang saya sebut tadi jauh lebih rendah dari RM300,000,” ujarnya lagi.

Perkara itu dibangkit Hassan Ali kerana Adun Bulit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali minggu lalu mendedahkan bekas pesuruhjaya PAS yang telah dipecat itu ketika menjadi Exco telah membelanjakan peruntukan sebanyak RM300,000 untuk mengubahsuai pejabatnya.

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...