Video Penuh Debat PTPTN!!
Pusingan Pertama
Pusingan Ketiga
Pusingan Kedua
Pusingan Ketiga
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menegaskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) boleh dihapuskan jika ada kemahuan di pihak kerajaan.
Sehubungan itu katanya, kos yang perlu ditanggung kerajaan untuk menghapuskan PTPTN hanya RM24 bilion berbanding perbelanjaan lain yang didakwa beliau bukan untuk saluran yang betul.
Menurutnya, jika kerajaan menghentikan ketirisan belanja yang dianggarkan bernilai RM28 bilion setiap tahun, maka ia boleh menanggung kos membayar hutang PTPTN penuntut di seluruh 21 universiti yang ada di negara ini.
Menjawap soalan pasangannya dalam Debat Sinar Harian malam ini, Khairy Jamaluddin mengenai komitmen kerajaan negeri terhadap konsep pendidikan percuma Rafizi berkata, Kerajaan Persekutuan terlebih dahulu mesti berkongsi pendapatan negara secara adil.
Katanya, ini kerana kerajaan negeri tidak mendapat sepenuhnya pendapatan khususnya di Selangor dan Pulau Pinang dan itu pastinya tidak mencukupi untuk melaksanakan konsep pendidikan percuma.
“Seperti yang kita maklum, pendidikan tinggi ini dibiayai oleh kerajaan persekutuan, bukan kerajaan negeri.
“Berapa sen sangatlah kami (pembangkang) dapat daripada pendapatan Selangor dan Pulau Pinang sedangkan kita bermasalah kerana mewarisi kolej-kolej dan universiti daripada Barisan Nasional,” katanya.
Berhubung masalah kos penubuhan IPT, beliau membidas hujah Khairy dengan berkata, sebenarnya kos pembinaan sesebuah IPT tidaklah tinggi seperti yang didakwa oleh Ketua Pemuda Umno tersebut.
Katanya, sebaliknya kos yang berganda itu adalah perbelanjaan ‘atas angin’.
Menjawab asakan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau yakin Pakatan Rakyat (PR) dapat menyediakan pendidikan percuma tanpa menaikkan cukai jika menguasai Kerajaan Pusat kelak.
Malah kata Rafizi, jika kerajaan memberi keutamaan kepada pendidikan, bukannya ke atas soal pembangunan fizikal semata-mata, maka adalah tidak mustahil perkara itu dapat dilaksanakan.
"Kadar cukai peratusan peribadi di Finland perlu dibandingkan dengan adil seperti epal dengan epal.
"Siapa yang buat perbandingan dengan negara Skandavia itu sebenarnya tidak semak dengan negara itu sendiri," kata beliau ketika menjawab soalan Khairy ketika muncul dalam Debat Sinar Harian bertemakan Pemansuhan PTPTN dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi di sini sebentar tadi.
Sementara itu, ketika menjawab soalan penonton tentang nasib Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di bawah kerajaan PR jika memerintah Putrajaya, Rafizi berkata, mereka tidak pernah mendiskriminasi institusi itu.
"Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan tempat untuk mahasiswa. "Cuma kita tidak mahu IPTS yang didirikan di rumah kedai tetapi mengenakan yuran yang tinggi dan tidak mempunyai kualiti," katanya.
Jelas Rafizi, implikasi daripada keadaan itu akan menyebabkan mahasiswa terpaksa menanggung hutang yang banyak malah, sukar mendapat pekerjaan.
Katanya, PR mahukan IPTS yang berkualiti walaupun mengenakan yuran tinggi.

Sehubungan itu katanya, soal kerangka ekonomi adalah lebih penting dan oleh sebab itu, PR meminta agar model pendidikan ditukar segera.
Debat Sinar Harian antara Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berakhir dengan harapan ia akan menjadi pencetus kepada debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Moderator Debat Sinar Harian, Dr Mazlee Malik mencabar kedua-dua pemimpin kanan itu agar muncul dalam satu debat, yang boleh dianjurkan oleh Sinar Harian dengan kerjasama Astro Awani dan Bernama 24, bagi menjelaskan kerangka dasar parti-parti masing-masing sebelum PRu13.
Katanya, ia penting bagi negara menuju status negara maju dan selaras dengan kehendak rakyat.
"Kita sudah dengar debat pada tahun 2008 di Amerika Syarikat, 2010 di UK, dan di sini negara kita, kita harap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Umum Datuk Seri Anwar akan muncul pada debat menjelang Pilihan Raya Umum," kata beliau ketika menutup Debat Sinar Harian sebentar tadi.
Cabaran beliau itu turut disambut positif oleh hadirin di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini malam ini, yang jumlahnya sekitar 400 orang.
Debat Sinar Harian yang berlangsung 90 minit menyentuh soal "Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi".
Pagi tadi, Anwar sekali lagi mencabar Najib agar berdebat secara umum mengenai pilihan raya bersih dan adil.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri perbicaraan atas pertuduhan menyertai perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu.
Dalam sesi debat itu, Maszlee yang juga moderator program berkata, dakwaan yang menyatakan debat merupakan budaya barat dan tidak sesuai dengan budaya di negara ini, disifatkan sebagai penghinaan kepada rakyat Malaysia.
Menurutnya, debat adalah penghargaan kepada akal fikiran dan cara rakyat berfikir dalam usaha mewujudkan politik matang dan bertamadun.
"Debat hanya untuk pertahankan idea dan memastikan idea yang dilontarkan itu dicabar. Bukan seperti 'satu suara' seperti dalam ceramah.
"Ini adalah medium untuk didik rakyat di peringkat permulaan dan diharapkan ia akan jadi politik baru selepas ini," katanya.
Maszlee berkata, untuk mewujudkan politik matang dan bertamadun, rakyat memerlukan maklumat adil serta saksama dalam membuat pilihan tepat ketika mengundi.
Menurutnya, demokrasi bukan sekadar buang undi semata-mata, sebaliknya ia lebih kepada bagaimana undian boleh dijalankan, berdasarkan keadilan maklumat.
"Media perlu beri ruang demokrasi yang adil, bukan setakat beri pendapat tanpa pembelaan. Ini yang dikatakan politik baru," katanya.
Dalam pada itu, pada pusingan kedua, Maszlee memuji penonton yang juga penyokong dua panel debat; Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli kerana bersikap tenang sepanjang program berlangsung.
Bagaimanapun suasana 'hangat' ketika sesi soal jawab dengan penyokong dan sesi penggulungan.
Ada di antara penyokong bersorak ketika pemimpin masing-masing berhujah.
Terdapat juga penyokong yang 'bising' ketika hujah diutarakan tidak menjawab soalan, namun terkawal kerana Maszlee bijak mengawal situasi tersebut.
anjlinabatra · 234 weeks ago