PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Friday, 25 May 2012

NGO gesa Umno henti propaganda murah!!


NGO berkaitan PKR - Jingga 13 - menyokong kenyataan dan pendirian penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa perdana menteri tetap daripada orang Melayu dan menegaskan ia membuktikan segala propaganda murahan Umno dan media Umno telahpun terjawab.

Setiausahanya, DK Vicky mendakwa, sentimen perkauman yang cuba dicetuskan itu, bukan sahaja bertujuan memburukkan DAP dan Pakatan Rakyat, tetapi bertujuan mewujudkan ketegangan kaum.

Tindakan itu, dakwanya, boleh mengugat kehormanian dan perpaduan kaum yang telah terbina sekian lama di atas prinsip dan dasar yang jelas dipupuk demi kecintaan kepada negara.

"... malah kesetiaan pelbagai kaum di Malaysia terhadap Raja dan Negara sudah tidak perlu dipertikai dan dinafikan oleh sesiapa pun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Oleh itu, beliau menggesa Umno dan media Umno menghentikan segala propaganda murahan yang didakwanya sengaja diwujudkan bagi tujuan kepentingan meraih sokongan orang Melayu dalam pilihanraya semata-mata .

Tegasnya, Jingga 13 yakin seluruh rakyat Malaysia tidak mudah terpengaruh dengan propaganda murahan tersebut.

Menurut Vicky, ini kerana mereka sudah semakin matang dan "mampu menilai sesuatu maklumat dengan bijaksana di atas prinsip perpaduan kaum yang sama- sama membangunkan negara Malaysia tercinta ini".

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...