PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Saturday, 26 May 2012

Pelik Tapi Benar! Tetamu bawa air sendiri!!


KUANTAN: Bukan menghairankan apabila segelintir pengunjung yang bertandang ke rumah beberapa penduduk dilihat membawa sendiri bekalan air minuman dan walaupun tindakan itu sedikit sebanyak mengguris hati tuan rumah, mereka tidak berdaya berbuat apa-apa.

Semuanya gara-gara sebahagian penduduk di Kampung Cempaka di sini, masih lagi bergantung kepada air perigi dan rintihan mereka untuk mendapatkan bekalan air bersih seakan tiada penghujung walaupun masalah itu berlarutan hampir 55 tahun.



Kampung Cempaka bukan terletak di kawasan pedalaman, sebaliknya tetapi kedudukannya hanya 10 kilometer dari bandar ini dan ketika penduduk lain menikmati bekalan air bersih dari paip, 40 penduduk yang mendiami lapan rumah di kampung berkenaan hanya mampu mendengar cerita orang mengenai kelebihan memiliki kemudahan paip air di rumah masing-masing.


Bagi mereka, perigi menjadi pilihan dan tidak hairanlah apabila semua lapan rumah terbabit mempunyai perigi masing-masing semata-mata mahu mendapatkan bekalan air untuk kehidupan seharian.


Penduduk, Saadon Su, 51, berkata dia sekeluarga terpaksa memujuk hati sendiri apabila ada tetamu berkunjung ke rumah mereka langsung tidak menjamah hidangan makanan atau minuman yang dihidangkan kerana meragui tahap kebersihan air perigi digunakan.



“Ada juga saudara yang berkunjung ke rumah kami lebih selesa membawa air minuman sendiri daripada minum air yang kami hidangkan.



“Bayangkan apa perasaan saya, tetapi lama kelamaan, kami dapat juga menerima hakikat itu. Pada awalnya saya terasa juga, namun tidak menyalahkan mereka kerana mungkin mereka sendiri tidak yakin dengan kualiti air di rumah kami,” katanya.


Bukan tidak pernah masalah itu diajukan kepada pihak berkuasa, tetapi ia seolah-olah langsung tidak dipedulikan dan walaupun Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) pernah menjalankan kerja-kerja memasang paip bawah tanah di jalan utama merentasi kampung berkenaan tetapi entah di mana silapnya, projek itu tergendala hingga sekarang.



Ahli Jawatankuasa Kecil Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Mohd Asri Abdul Rahman, 40, berkata, masalah itu pernah mendapat perhatian wakil rakyat kawasan berkenaan.


“PAIP memasang saluran bawah tanah sepanjang 300 meter di jalan utama merentasi rumah terbabit, namun projek itu terhenti begitu saja.



“Kami tidak tahu statusnya kerana bekalan air bersih masih tidak disalurkan.



dan sehingga kini tidak dimaklumkan apa-apa perkembangan mengenainya.



“Pernah juga kami bertanya kepada pihak yang berkaitan, namun tiada jawapan konkrit diberikan. Nampaknya harapan kami untuk menikmati air bersih tidak kesampaian dan entah sampai bila akan berakhir,” katanya.



Seorang lagi penduduk dikenali sebagai Zainuddin, 60, berkata, penduduk di lapan rumah terbabit perlu mencari alternatif dengan mengorek perigi untuk mendapatkan bekalan air memandangkan sungai yang selama ini digunakan sudah tercemar dengan pelbagai aktiviti pembangunan di hulunya.



“Kami tiada pilihan dan jika diperhatikan setiap rumah pasti mempunyai perigi di persekitarannya. Kedalaman perigi berbeza mengikut rumah kerana bergantung kepada keadaan sumber air bawah tanah kawasan yang digali,” katanya yang memaklumkan penduduk memperuntukkan RM600 hingga RM800 untuk menggali perigi.



Menurutnya, walaupun rata-rata penduduk meragui tahap kebersihan air perigi itu, namun mereka tiada pilihan lain.



selain terpaksa menggunakan sumber air berkenaan.



“Peralatan dapur seperti gelas, cerek dan pinggan berubah menjadi warna keperangan kesan penggunaan air perigi itu. “Bukan itu saja, simen di bilik air juga turut berubah warna. “Entah sampai bila kami dibelenggu masalah ini sedangkan jarak kampung ini dari bandar Kuantan hanya 10 kilometer,” katanya.

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...