PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Thursday, 24 May 2012

'SPR, polis, DBKL patut disaman, bukan BERSIH'


Kerajaan sepatutnya menyaman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan bukannya pemimpin BERSIH, termasuk pengerusinya Datuk S Ambiga, kata sebuah NGO.

"JINGGA 13 juga mendesak agar pihak kerajaan menarik balik saman tersebut yang tidak masuk akal...," kata Fariz Musa (kiri), ketua koordinator kepada NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat itu.

Malah, tambahnya, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hisamuddin Hussein yang didakwa menyumbang kepada tercetusnya suasana kegawatan pada perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu juga patut menerima tindakan sama.

Kerajaan semalam memfailkan saman menuntut ganti rugi RM122,000 daripada Ambiga dan sembilan ahli jawatankuasa pemandu gabungan itu kerana didakwa gagal mengawal perhimpunan anjurannya sehingga kerajaan menanggung kerugian.

Dalam kenyataannya hari ini, Fariz berkata, pihak-pihak itu perlu disaman atas alasan seperti berikut:


(1) Dakwaan kegagalan SPR menjadi badan berkecuali dan tidak adil serta profesional dalam mereformasikan sistem pilihan raya menjadi punca utama kenapa tiga siri himpunan BERSIH dilangsungkan.



(2) Dakwaan polis menyebabkan keadaan tidak terkawa; kerana menembak gas pemedih mata dan bertindak "di luar perikemanusiaan" terhadap para demonstran.

(3) DBKL bertindak "terlalu dangkal", melampau dan menimbulkan rasa kurang senang rakyat yang hadir secara aman berhimpun dengan menyekat perhimpunan BERSIH, termasuk menggunakan perintah mahkamah.

No comments:

Post a Comment

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...