Kak Jat Letak Jawatan Sesudah Berakhirnya Tempoh Perkhidmatannya Sebagai Senator?
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan berundur sebagai anggota Kabinet apabila tempoh sebagai senator berakhir 8 April ini.
"Pada 8 April, apabila tamat penggal sebagai ahli Dewan Negara, saya akan undur diri," kata beliau di sini hari ini.
Bagaimanapun beliau akan kekal sebagai Ketua Wanita Umno.
Shahrizat berkata beliau akan menghantar surat makluman keputusannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam waktu terdekat.
Beliau juga menafikan keputusannya diambil ekoran tekanan mana-mana pihak ataupun disebabkan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).