PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Sunday, 11 March 2012

Usul MP Pakatan Rakyat Kepada Yang DIpertua Dewan Rakyat!!

Berikut adalah usul tergempar dari Ahli Parlimen Ampang yang akan ditolak mentah-mentah oleh Speaker Dewan Rakyat!  
YB Tan Sri Datuk Pandikar Amin Bin Haji Mulia
Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Bangunan Parlimen
50680 Kuala Lumpur 

Tan Sri Yang di-Pertua,

PERKARA: USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18
Merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2), dengan ini saya mohon mencadangkan supaya ditangguhkan Majlis Mesyuarat dengan tujuan merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan.


Saya, Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [ Ampang ] mohon mencadangkan:
Bahawa Dewan Rakyat segera membincangkan mengenai skandal penyalahgunaan dana awam sejumlah nilai RM (Ringgit Malaysia) 250 juta melalui Projek Ladang Ternakan Lembu ataupun dikenali dengan nama Pusat Fidlot Nasional yang mana dibangunkan oleh syarikat lantikan - National Fidlot Coporation Sdn Bhd.

Skandal penyelewengan Pusat Fidlot Nasional berbangkit setelah Laporan Ketua Audit Negara 2010 bertarikh 24 Oktober 2011 yang mendedahkan bahawa syarikat lantikan National Fidlot Corporation telah gagal mencapai matlamat dan sasaran projek, sekaligus mengakibatkan sejumlah dana awam bernilai RM250 juta wang terbazir. 

Maka, atas kepentingan awam, yang melibatkan kepentingan rakyat umum yang perlu disegerakan, saya mohon usul ini dibincangkan segera.
A lie has no leg, but a scandal has wings.” - Thomas Fuller
Sekian. Terima kasih.
Yang benar,











PUAN HAJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
AHLI PARLIMEN AMPANG

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...