PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Thursday, 15 March 2012

Najib - Perdana Menteri "Wasatiyah"?

Laporan SPRM oleh Jingga 13 Terhadap Isu Penganjuran Majlis Mewah Oleh Najib Razak




Jingga 13 telah hadir ke Bangunan PKPS, Ibu Pejabat SPRM Selangor di Shah Alam pada pukul 11.15 pagi hari ini untuk membuat laporan tambahan berkaitan isu penganjuran majlis pertunangan anak perempuan Najib Razak dan laporan baru seperti pendedahan Sdr Rafizi Ramli berkaitan isu penganjuran majlis hari jadi Najib Razak, kedua-duanya berlangsung di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur.




Laporan dibuat oleh Setiausaha Jingga 13, Sdr Vickneswaran Krishnan yang ditemani oleh Ketua Koordinator Jingga 13 Sdr Fariz Musa. Jingga 13 mendesak SPRM untuk menyiasat dengan telus dan tidak berat sebelah walaupun isu ini membabitkan individu berkepentingan tinggi dalam kerajaan. 

Rakyat berhak mengetahui hal sebenar, dan jika Perdana Menteri dapat membuktikan bahawa semua perbelanjaan ini dibayar sendiri, maka rakyat mahu tahu bagaimana PM Najib mampu menganjurkan majlis mewah seumpama itu.

Muafakat. Prihatin. Berani

SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD
Timbalan Ketua Koordinator
JINGGA 13





47 hidangan antarabangsa disajikan, termasuk daging panggang yang diimport dari New Zealand, hidangan Jepun dan masakan Barat.' - Sambutan HariJadi PM RM79,053.  Kepimpinan melalui teladan sentiasa bermula DARI ATAS dan Sambutan Harijadi PM bukanlah antaranya. Kenapa tidak pula diketengahkan masakan tempatan? Dimanakah 1Malaysia itu? dan adakah ini Wasatiyyah itu?

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...