PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Sunday, 11 March 2012

Pengunduran Shahrizat bukan remedi buat Najib - AMK


Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

11 Mac 2012

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyambut baik pengumuman Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini yang mengumumkan akan berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat April hadapan.

Pengunduran Shahrizat ini sekaligus mengiyakan segala siri pendedahan KEADILAN mengenai skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang terbukti gagal dijawab secara berfakta oleh Shahrizat dan keluarganya.

Dalam satu aspek, tindakan Shahrizat ini membuktikan bahawa beliau bertanggungjawab atas segala tuduhan yang memalitkan beliau, sekiranya ini dilakukan atas kerelaan beliau. Dalam satu perspektif lain, ia mungkin dilakukan atas desakan daripada Umno sendiri yang semakin gusar dengan pendedahan demi pendedahan yang pastinya mengesani keyakinan rakyat kepada Umno-BN.

AMK menegaskan bahawa, walau apa sekalipun faktor yang mendorong kepada peletakan jawatan Shahrizat ini, ia sekaligus bukan titik noktah kepada segala pendedahan dan akauntabiliti beliau selaku pihak yang terlibat dan Najib sendiri selaku Perdana Menteri. 

Budaya melafaz sumpah, meminta maaf, membuat penafian dan meletak jawatan tidak seharusnya menjadi remedi kepada Umno-BN. Itu tidak menghalalkan segala bentuk penyelewengan yang telah berlaku melibatkan wang rakyat. Mereka yang bersalah harus dihadapkan ke muka pengadilan. Siasatan dan pendakwaan harus dilakukan segera, dan sekiranya terbukti jelas berlaku penyelewengan wang awam dan salahguna kuasa di dalam skandal NFC ini.

AMK juga percaya, ini tidak seharusnya memalitkan Shahrizat seorang sahaja. AMK melihat ramai lagi Menteri, Timbalan Menteri, Ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta pimpinan Umno-BN yang harus bertanggungjawab atas salahguna wang rakyat dan salahguna kuasa atas kapasiti kerajaan yang memerintah. Puluhan malah ratusan pendedahan berfakta yang dibuat oleh pembangkang, yang sehingga ke hari ini gagal dijawab oleh pimpinan Umno-BN. Dan ini membawa konotasi jelas, mereka yang terlibat dalam kes-kes ini, seharusnya juga meletak jawatan.

AMK mendesak Dato' Sri Najib agar bertanggungjawab secara kolektif mengenai hal ini. Dan tidak keterlaluan untuk disebut, sekiranya kebertanggungjawaban ini tidak ditunjukkan oleh Umno-BN, maka kuasa undi rakyat akan dimanfaatkan dalam PRU-13 akan datang untuk memecat Umno-BN daripada mengemudi Malaysia tanpa sebarang kompromi.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...