PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Wednesday, 14 March 2012

Video Panas!! Selamat Hari Jadi Najib Razak!!

Rakyat Didahulukan RM 500, Najib Dihadiahkan RM 80,000?




JINGGA 13

14 Mac 2012


Jingga 13 akan membuat satu laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah terhadap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berhubung pendedahan oleh Sdr Rafizi Ramli di Parlimen hari ini, iaitu perbelanjaan peribadi Najib Razak menganjurkan majlis hari lahir di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur menggunakan perbelanjaan dari akaun dipercayai akaun Pejabat Perdana Menteri.


Laporan SPRM itu akan dibuat di Ibu Pejabat SPRM Selangor , Shah Alam pada 15 Mac 2012 jam 11.00 pagi. Jingga 13 juga akan menambah laporan terhadap Najib Razak berhubung penafian Shangri-La Hotel bahawa perbelanjaan majlis pertunangan anak perempuan beliau itu dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri. Jingga 13 ingin menimbulkan persoalan, bagaimana Najib Razak mempunyai kemampuan untuk menganjurkan sebuah majlis pertunangan yang begitu mahal. 

Semua rakan-rakan media dijemput untuk hadir bagi pendedahan ini dan kerjasama semua didahului dengan ucapan terima kasih. 


Muafakat. Prihatin. Berani

SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD
Timbalan Ketua Koordinator
JINGGA 13


KUALA LUMPUR 14 Mac: KEADILAN hari ini mendedahkan perbelanjaan mewah hari jadi Najib Razak pada 24 Julai 2011 di Seri Perdana berjumlah RM79,053. Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pada sidang medianya di Parlimen memberitahu, majlis tersebut menyajikan 47 juadah istimewa termasuklah daging panggang yang diimport dari New Zealand, makanan Jepun, makanan Barat dan lain-lain.


“Berdasarkan ‘Banquet of Order’ (BEO), majlis tersebut dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri, walaupun jelas ia adalah majlis peribadi Najib,” kata Rafizi. Purata perbelanjaan untuk 100 tetamu itu ialah RM207, RM7,000 bagi undangan kugiran Syed Sobri dan undangan kugiran ‘Batak’ (RM5,000) serta RM750 bagi 5 gelen minuman.
Manakala RM30,000 untuk gubahan bunga dan RM12,000 caj pengendalian cukai menjadikan jumlah keseluruhan RM79, 053. Rafizi turut mendedahkan bukti baru yang belum disangkal Najib berhubung tempahan majlis pertunangan anaknya di Hotel Shangri-La atas nama pejabat Perdana Menteri.
Salinan BOE Shangri-La Hotel yang dikemukakan Rafizi menunjukkan pada ruang ‘function’ bertulis ‘Private Dinner hosted by PM’. Manakala alamat penganjur ialah ‘Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan’, iaitu pejabat Perdana Menteri sendiri.
“Persoalan yang dibawa bukanlah semata-mata siapa yang menanggung kos majlis pertunangan, tetapi ketelusan dan operasi pejabat Perdana Menteri yang sewajarnya mengasingkan kepentingan peribadi dengan tugasan rasmi. “Najib menjanjikan transformasi politik, ekonomi dan sosial. Tapi gagal menunjukkan contoh,” tegas Rafizi mempersoalkan slogan yang dilaungkan BN seperti dasar ETP (Program Transformasi Politik).
“Jika perbelanjaan mewah ini ditanggung penaja, apakah ia tidak mempengaruhi keputusan Najib selama ini? Dan wajarkan Najib berbelanja mewah ketika konsep ‘wasatiyyah’ dan kesederhanaan diperkenalkannya sendiri dalam pentadbiran. Katanya lagi, sementara rakyat ‘ikat perut’ dan berjimat cermat, purata belanja hari jadi Najib yang mencecah RM800 itu lebih tinggi dari pemberian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang berjumlah hanya RM500.
sumber: Keadilan Daily & Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...