PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Tuesday, 13 March 2012

Majlis Pertunangan Anak Perdana Menteri - Pengesahan dari Shangri-La Hotel!

Apabila Rafizi Ramli sebelum ini mendedahkan bahawa terdapat bukti yang menunjukkan majlis pertunangan anak Najib Razak dengan anak seorang pembesar dari Kazakhastan adalah dibiayai sepenuhnya oleh Pejabat Perdana Menteri sebanyak RM409,767 pada 17 Jun 2011, baca disini, Najib melalui Pejabat Perdana Menteri (PMO) dengan tangan kosong, telah segera menafikan dengan dakwaan tersebut dengan mengatakan Najib sendiri yang telah membayarnya dengan wang poketnya sendiri,



Namun dengan tidak mengemukakan bukti kukuh seperti mana bukti yang dibawa oleh Rafizi Ramli yang mendakwa bahawa majlis pertunangan anak Najib yang berharga RM409,767.00 telah dibiayai sepenuhnya oleh Pejabat Perdana Menteri. (lihat dokumen diatas).

Hari ini, dengan berbekalkan dokumen diatas, sepasukan NGO mesra PKR, Jingga13 dengan  diketuai  oleh Ketua Koordinatornya, En. Fariz Musa telah menerjah Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur bagi mendapatkan penjelasan dari pihak hotel tersebut. Malangnya pihak pengurusan Hotel Shangri-La yang melalui wakilnya telah menafikan bahawa Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang membiayai kos katering majlis pertunangan anak Najib tersebut sebaliknya kos katering yang berjumlah RM 409,767.00 telah dibayar oleh Najib sendiri. 

Yang lebih menghairankan, pihak pengurusan Shangri-La Hotel sendiri mengakui bahawa dokumen "Banquet Event Order" yang didedahkan oleh Rafizi Ramli itu adalah salinan yang sah dan asli. Ini mengesahkan bahawa pihak Pejabat Perdana Menteri(PMO) yang telah membuat tempahan dan menguruskan bagi pihak Najib Razak. Bagaimana mungkin seorang Perdana Menteri boleh mengarahkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) menempah dan mengadakan majlis pertunangan anaknya sedangkan agenda ini bukannya agenda-agenda politik kerajaan tetapi sudah sah ianya melibatkan kepentingan peribadi keluarga Perdana Menteri Malaysia? 

Lebih malang lagi sehingga sekarang Dato Seri Najib Tun Razak & pihak pengurusan Hotel Shangri-La  gagal mengemukakan bukti kukuh bahawa Najib atau pihak keluarga beliau sendiri yang membayar/ membiayai kos majlis pertunangan tersebut

Dari Malaysiakini:  
Bil majlis bertunang anak dibayar oleh Najib, kata hotel
Bil katering bagi majlis pertunangan anak Datuk Seri Najib Abdul Razak dibiayai oleh perempuan  Perdana Menteri dan bukannya oleh kerajaan persekutuan, kata Hotel Shangri-La Kuala Lumpur.
Nooryana Najwa Najib and Daniyar Nazarbayev
"Majlis ini berakhir pada 17 Jun dan bayaran penuh dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan bukannya pada 30 Jun dan bukannya oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO)," katanya.


Menjawab pertanyaan Malaysiakini, pengurusan hotel juga mengesahkan bahawa borang Pesanan Majlis Bankuet atau 'Banquet Event Order' yang didedahkan oleh PKR adalah salinan yang sah.

Menurut dokumen itu, PMO dikenakan bayaran RM409,767 oleh Hotel Shangri-La untuk perkhidmatan katering, yang membekalkan udang karang dan daging lembu Wagyu, untuk kira-kira 900 tetamu.

Menurut hotel itu, pesanan untuk acara katering di Seri Perdana, Putrajaya, diterima pada 2 Jun 2011.

"Pesanan nombor 1,451 dikeluarkan pada 13 Jun, untuk majlis itu," katanya.

Pada bahagian bil itu, majlis berkenaan ditandakan sebagai 'majlis makan malam OCS' dan dibilkan kepada ‘Pejabat Perdana Menteri'.


Bernama sebelum ini melaporkan bahawa anak perempuan Najib, Nooryana Najwa dan warga Kazakh Daniar Nazarbayev, kedua-dua mereka 23, berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana, pada 17 Jun tahun lalu.


PMO telah menafikan bahawa bil majlis pertunangan itu dibayar oleh pihak kerajaan tetapi sebaliknya ia dibiayai oleh oleh Najib dan keluarganya

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...