PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Sunday, 18 March 2012

AMK & Rakyat Malaysia Tidak Bersetuju Dengan Gaji Amah Indonesia

Gaji Amah RM 700?

Hari ni saya sangat geram bila membaca di akhbar, pegawai kerajaan kita yang berunding dengan pegawai kerajaan Indonesia berhubung dengan pembantu rumah dari negara jiran bersetuju dengan permintaan kerajaan Indonesia supaya amah dibayar RM700.00 hanya untuk satu tugas!

Satu keluarga yang suami dan isteri bekerja dan memang memerlukan pembantu terpaksa mengambil 4 orang amah untuk menguruskan ru…mah dan anak-anak sewaktu mereka keluar bekerja. Kalau pendapatan mereka suami/isteri sama dengan pendapatan pegawai kerajaan kita ni tiada masaalah.

Tapi macam saya dan mungkin ramai pasangan suami/isteri lain yang pendapatan setelah dicampurkan cuma RM4,000.00. Anak 2 orang yang bersekolah darjah 2 dan tadika dan tinggal dirumah emak yang uzur (nasib baik tak perlu bayar sewa rumah) tak mampu nak bayar 3 orang amah yang berjumlah RM2,100.00! Baki pendapatan RM1,900.00. Bayar kereta, yuran tadika, bayaran klinik emak dll. Nak makan apa? Kenapa ambik 3 orang? sorang untuk uruskan anak-anak, sorang untuk uruskan emak yang uzur dan sorang untuk mengemas rumah/basuh gosok baju. Balik saya boleh memasak untuk keluarga dan amah-amah saya.

Kos belanja rumah naik untuk tampung 4 perut dan rumah terpaksa renovate untuk tambah bilik untuk amah. Solution – berhenti kerja!!!! Bayangkan kalau ramai pekerja wanita terpaksa berhenti kerja kerana tak mampu nak bayar gaji amah. Iyelah gaji kita RM2,000.00 nak bayar amah RM2,100.00. Fikir-fikirkan wahai pegawai kerajaan.

By: Pauziah Yahya


AMK: Caj Amah tidak berkadaran pendapatan isi rumah 


KUALA LUMPUR 17 Mac: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) berpendapat peraturan terbaru berhubung gaji minima pembantu rumah Indonesia, tidak berkadaran dengan pendapatan isi rumah di Malaysia.

Peraturan itu antara lain menetapkan seorang pembantu rumah Indonesia yang dilatih khusus perlu dibayar dengan kadar gaji minima sebanyak RM700 sebulan untuk satu tugas khusus seperti memasak, mengasuh bayi, menjaga orang tua atau mengemas rumah.

“AMK berpandangan, dasar ini mempunyai ruang yang besar untuk dipertikaikan.

“Ini kerana kadar tersebut, iaitu RM700 untuk satu tugasan spesifik, adalah jelas tidak berkadaran dengan pendapatan isi rumah khususnya golongan muda yang berpendapatan sederhana,” tegas Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr Reyna Usma, dilapor antara lain turut menyatakan persetujuan itu dicapai dalam pertemuan Pasukan Petugas Bersama (JTF) Malaysia-Indonesia.

“Bagaimana JTF yang ditubuhkan tidak mengambil kira maklumat-maklumat asas mengenai pendapatan isi rumah majoriti masyarakat di Malaysia dan bandar-bandar utama seluruh negara,” kata Shamsul.

“AMK melihat keadaan ini berlaku atas kegagalan kerajaan melihat isu dan permasalahan sebenar sehingga membawa kepada konotasi yang salah dalam perundingan yang telah dilangsungkan dengan kerajaan Indonesia,” jelas beliau.

Justeru itu katanya, beliau mendesak agar kerajaan memperincikan semula butiran perbincangan tersebut.

“AMK mendesak kerajaan agar mengkaji semula peraturan baharu ini agar rakyat dan golongan muda berpendapatan sederhana khususnya tidak terus tertindas dengan peraturan seumpama ini,” tegasnya.

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...