PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Friday, 23 March 2012

Raja Petra Nak Debat Isu Islam!! Najib Nak Debat Isu Kapal Selam?

Debat: Anwar, Raja Petra sudah bersedia, Najib bila lagi?

Apakah debat antara 3 tokoh terkenal di Malaysia ini akan menjadi kenyataan? Tunggu apa lagi Najib? 

KUALA LUMPUR 23 Mac: Blogger kontroversi Raja Petra Kamaruddin menyatakan kesediaan menyertai debat yang dianjurkan Wikileaks. Bercakap dalam blog Malaysia Today beliau hanya mahu berdebat dengan Anwar dan Najib berkaitan isu-isu Islam.


“Jika saya bersetuju untuk berdebat dengan Anwar dan Najib dan memilih Islam sebagai subjek untuk dibahaskan adakah kedua-dua personaliti ini bersetuju untuk berdebat?” katanya dipetik dalam blog beliau. 
RPK : Nak debat pasal Islam? Layak ke?
Raja Petra berkata, beliau memilih untuk berdebat mengenai Islam kerana Umno selama ini mendakwa mereka adalah parti yang kuat memperjuangkan Islam. Subjek itu juga ada kaitan dengan pengalamannya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas dakwaan menghina Islam.

“Islam boleh dihina? Oleh itu, anda boleh ditahan tanpa bicara untuk menghina Islam? Apakah Islam? Adakah tafsiran Umno dan Pakatan Rakyat tentang Islam betul atau cerita dongeng semata-mata?” katanya.

Semalam Anwar dilaporkan sedia berdebat dengan Raja Petra dan Najib yang akan dianjurkan Wikileaks. Assange menghubungi Anwar melalui twitter untuk menganjurkan debat antara mereka bertiga yang akan dihoskan oleh Assange sendiri.

Sebelum ini Anwar diwawancara Assange dalam Forum di Kent, England bagi membincangkan senario politik global. Selepas Anwar bersetuju dengan wawancara itu, beliau diberitahu blogger Raja Petra mahu menumpang dalam wawancara itu.

Anwar kemudiannya menyatakan persetujuan untuk permintaan asal iaitu wawancara antara beliau dengan Assange sahaja.

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...