PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Thursday, 22 March 2012

Video : Najib terdesak sangat nak jadi Ketua Pembangkang Malaysia?

Lebih 18,000 pengundi diragui di Parlimen Pekan

Kepada rakyat Malaysia yang tidak percaya bukti di atas bolehlah menyemak sendiri di  www.spr.gov.my klik semakan daftar pemilih dan isi no ic yg tertera diatas!
Akan dipaparkan dua alamat yg berbeza!!
Adakah SPR = Suruhanjaya Penipu Rakyat??
 
KUALA LUMPUR 22 Mac: KEADILAN mendedahkan terdapat lebih 18,000 pengundi tambahan pada tahun 2012 di Parlimen Pekan iaitu kawasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peningkatan itu berlaku hampir sekali ganda berbanding pada pilihanraya umum (PRU) lalu.


“Pada tahun 2008, di Parlimen Pekan pengundi tambahan meningkat berbelas-belas ribu. Pada tahun 2012 pun meningkat 18,000. Kawasan berdekatan lain seperti di Kuantan cuma meningkat 5,000 sahaja. Tapi di Pekan boleh begitu tinggi. Pelik ke tidak?” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Beliau berkata, parkara itu dikenal pasti apabila mendapati banyak pengundi didaftarkan dengan satu nama dua alamat. “Saya nak tunjukkan bagaimana daftar penipuan dibuat. Satu nama dua alamat sememangnya tak boleh berlaku. kalau masuk dalam komputer ia akan ditolak sebab nombor kad pengenalan sama.

“Tapi apa yang mereka buat ialah dengan menambah simbol palang (/) pada hujung nombor kad pengenalan,” katanya.

Anwar memberitahu, KEADILAN mempunyai cukup bukti tentang penipuan yang dilakukan SPR. Katanya, terdapat 79,998 kes, 100 pengundi yang diaftarkan dalam satu alamat.

“Antara yang disebut termasuk Parlimen Johor Baharu, lokasi Desa Melayu Majidee yang mempunyai 127 pengundi dalam satu alamat. Di Desa Mahkota Kluang, 103 pendundi satu alamat.

“Parlimen Seremban 190 pengundi. DUN Batu Caves 202 pengundi tanpa alamat. Kota Raja DUN Seri Muda 609 pengundi alamatnya Batu 7 Seri muda. Kalau di rumah panjang Sabah kita faham ada 50 hingga 60. Tapi kalau di Seri Muda ia tidak munasabah,” katanya.

Beliau juga membidas kenyataan SPR terdapatnya 240,000 undi pos tambahan di kalangan petugas SPR sedangkan dalam PSC penambahbaikan pilihanraya semua pihak telah bersetuju untuk mengadakan pengundian awal.

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...