PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Monday, 19 March 2012

Dana Awam RM 976.6 Juta Tidak Akan Dikembalikan?


Saya mengikuti dengan rapat penjualan konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya oleh Maju Holdings Sdn Bhd kepada EP Manufacturing Berhad dalam urusniaga yang dilaporkan bernilai RM1.7 bilion.

Ini menimbulkan keraguan serta merta memandangkan pembinaan lebuhraya tersebut menggunakan dana awam yang besar melalui geran kerajaan bernilai RM976.7 juta. Kos keseluruhan lebuhraya tersebut dianggarkan bernilai RM1.32 bilion dan sebahagian besarnya dibiayai oleh rakyat melalui geran RM976.7 juta yang diberikan kerajaan kepada Maju Holdings Sdn Bhd. 

Selain geran tersebut, saya menganggarkan suntikan dana yang dibuat oleh Maju Holdings Sdn Bhd hanyalah sekitar RM60 juta (iaitu 4.5% dari kos keseluruhan) kerana ia turut meminjam RM370 juta dari institusi kewangan.

Oleh yang demikian, penjualan berjumlah RM1.7 bilion ini akan memberi durian runtuh kepada Maju Holdings Sdn Bhd sekiranya geran oleh kerajaan berjumlah RM976.6 juta tidak dikembalikan. Jika ini berlaku, selepas membayar hutang institusi kewangan berjumlah RM370 juta, bermakna Maju Holdings Sdn Bhd bakal membuat keuntungan berjumlah sekitar RM1.33 bilion sedangkan modal pelaburannya dianggarkan RM60 juta sahaja.

Saya mendesak Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan mengesahkan sama ada Maju Holdings Sdn Bhd akan mengembalikan dana rakyat sejumlah RM976.7 juta itu, kerana jika tidak ia menimbulkan lebih banyak persoalan yang akan terus menaikkan kemarahan rakyat.
Jika keuntungan RM1.33 bilion itu disimpan oleh Maju Holdings Sdn Bhd, apakah perjanjian di antara Perdana Menteri dengan pemilik Maju Holdings Sdn Bhd yang diketahui umum penyokong kuat UMNO? 

Adakah wujud persefahaman agar keuntungan atas angin yang merampas dana rakyat itu akan disalurkan kembali kepada UMNO sebagai dana pilihanraya? Sejak akhir-akhir ini, keghairahan Perdana Menteri meluluskan urusniaga melibatkan kroni UMNO/Barisan Nasional bernilai berbilion ringgit menguatkan syak wasangka rakyat bahawa harga yang tinggi yang dikenakan kroni merugikan rakyat. Tambahan pula, urusniaga dalam serba kerahsiaan dan tiadanya ketelusan boleh menguatkan lagi wasangka rakyat itu.

Penjualan konsesi lebuhraya ini adalah urusniaga yang kedua dalam masa sebulan yang membelakangkan kepentingan rakyat, selepas pembelian aset dan perniagaan Ananda Krishnan oleh dana 1MDB yang dikawal sepenuhnya Perdana Menteri berjumlah RM8 bilion, walaupun 1MDB tidak pernah ada sebarang pengalaman di dalam industri penjanaan tenaga.

Jumlah dana rakyat yang terlibat sebanyak RM976.6 juta itu adalah empat kali ganda lebih tinggi dari dana yang membabitkan NFC. Perdana Menteri mungkin berfikiran beliau boleh mendiamkan diri mengenai NFC, tetapi sudah tentu jumlah dana rakyat sebesar RM976.6 juta ini memerlukan jawapan dari beliau memandangkan urusniaga tersebut tidak boleh berlaku tanpa kelulusan beliau sendiri sebagai Menteri Kewangan.

MOHD RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN











PENJUALAN LEBUHRAYA KL-PUTRAJAYA (MAJU EXPRESSWAY):GERAN KERAJAAN BERNILAI RM976.7 JUTA PERLU DIPULANGKAN KEPADA RAKYAT



Wang rakyat yang diberikan kepada Maju Holdings Sdn Bhd untuk membina Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya sepanjang 26 kilometer yang dikenali sebagai Maju Expressway (MEX) mesti dikembalikan, kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, berikutan penjualan konsesi itu kepada EP Manufacturing Berhad (EPMB) dengan nilai RM1.7 bilion.

Rafizi berkata dana awam yang besar melalui geran kerajaan bernilai RM976.7 juta telah diberikan kepada Maju Holdings semasa pembinaan MEX, sebelum projek itu siap dibina pada tahun 2007. Keseluruhan projek itu bernilai kira-kira RM1.32 bilion.

Akhbar The Edge, Jumaat lalu melaporkan bahawa EPMB akan membiayai pengambilalihan itu dengan menerbitkan sukuk RM1.2 bilion manakala bakinya pula akan diperoleh daripada pinjaman bank.

“Selain geran tersebut, saya menganggarkan suntikan dana yang dibuat oleh Maju Holdings Sdn Bhd hanyalah sekitar RM60 juta (iaitu 4.5 peratus dari kos keseluruhan) kerana ia turut meminjam RM370 juta dari institusi kewangan," kata Rafizi, dalam satu kenyataan.

Justeru, katanya, penjualan berjumlah RM1.7 bilion ini akan memberi durian runtuh kepada Maju Holdings Sdn Bhd sekiranya geran oleh kerajaan berjumlah RM976.6 juta tidak dikembalikan.

“Jika ini berlaku, selepas membayar hutang institusi kewangan berjumlah RM370 juta, bermakna Maju Holdings Sdn Bhd bakal membuat keuntungan berjumlah sekitar RM1.33 bilion sedangkan modal pelaburannya dianggarkan RM60 juta sahaja," kata Rafizi.


Sehubungan itu, menurut Rafizi, PKR mendesak Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan mengesahkan sama ada Maju Holdings Sdn Bhd akan mengembalikan dana rakyat sejumlah
RM976.7 juta itu, kerana jika tidak ia menimbulkan lebih banyak persoalan yang akan terus menaikkan kemarahan rakyat.

“Jika keuntungan RM1.33 bilion itu disimpan oleh Maju Holdings Sdn Bhd, apakah perjanjian di antara Perdana Menteri dengan pemilik Maju Holdings Sdn Bhd yang diketahui umum penyokong kuat Umno?

“Adakah wujud persefahaman agar keuntungan atas angin yang merampas dana rakyat itu akan disalurkan kembali kepada Umno sebagai dana pilihan raya?” soal pengarah strategi PKR itu lagi.

Katanya, keghairahan Perdana Menteri meluluskan urusniaga melibatkan kroni Umno/BN Nasional bernilai berbilion ringgit menguatkan syak wasangka rakyat bahawa harga yang tinggi yang dikenakan kroni merugikan rakyat.

Lebih-lebih lagi, tambah Rafizi, urusniaga dalam serba kerahsiaan dan tiadanya ketelusan boleh menguatkan lagi wasangka rakyat itu.

Penjualan konsesi lebuhraya ini adalah urusniaga yang kedua dalam masa sebulan yang didakwa membelakangkan kepentingan rakyat.


Kes pertama adalah semasa pembelian aset dan perniagaan Tan Sri Ananda Krishnan oleh dana 1MDB yang dikawal sepenuhnya perdana menteri berjumlah RM8 bilion, walaupun 1MDB tidak pernah ada sebarang pengalaman di dalam industri penjanaan tenaga.

“Perdana Menteri mungkin berfikiran beliau boleh mendiamkan diri mengenai NFC, tetapi sudah tentu jumlah dana rakyat sebesar RM976.6 juta ini memerlukan jawapan dari beliau memandangkan urusniaga tersebut tidak boleh berlaku tanpa kelulusan beliau sendiri sebagai Menteri Kewangan,” akhiri kenyataan Rafizi itu.

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...