PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Wednesday, 21 March 2012

Terbukti!! Polis Balaci UMNO??

Adib Ishak (berkacamata) bersama dua petugas banci Parlimen Lembah Pantai dan surat pengesahan 
KUALA LUMPUR 21 Mac: Penahanan dua orang petugas Parlimen Lembah Pantai semalam menimbulkan keraguan apabila anggota polis yang menahan mereka kelihatan ‘sangat mesra’ dengan penduduk setempat yang dipercayai ahli Umno.

Menceritakan kembali kejadian itu, ketua sukarelawan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai, Mohd Adib Ishak berkata dua petugas Izzah ditahan sebaik sahaja mereka selesai menunaikan solat Zuhur di surau PPR Kampung Limau, Pantai Dalam.

Menurutnya, imam surau tersebut menahan Hanan dan Ridhwan dan menggertak mahu menuduh mereka sebagai suspek kes culik kanak-kanak hilang yang semakin berleluasa akhir-akhir ini.

“Ketika saya tiba dari Kg. Baru, kira-kira 2.30 petang, seramai kira-kira 12 penduduk tempatan sudah berada di perkarangan surau. “Seorang pemandu teksi berkepala botak merampas fail-fail dari tangan kami. Kami hanya diam dan tidak melawan apabila seorang lelaki bernama Rozaimin memarahi kami buat beberapa ketika.

“Sepuluh minit selepas keadaan reda dan penduduk bersurai, polis sampai dan membawa kami ke balai”, ujar Adib. Menurut Adib, polis yang menahan dua orang petugas kepada Nurul Izzah itu sempat bersalaman dan berpelukan dengan beberapa penduduk PPR Kampung Limau yang kelihatan seperti ahli Umno kawasan itu.

Malah, mereka juga tidak diberitahu alasan penahanan sewaktu dibawa ke Balai Polis Pantai, kata Adib. Semalam, dua sukarelawan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai, Muhammad Hanan Asyraf Rozani dan Mohd Ridhwan Jahari ditahan semasa membanci penduduk di kawasan flat PPR Kampung Limau di Lembah Pantai.

Muhammad Hanan dan Mohd Ridhwan ditahan polis kononnya kerana menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Mereka dipanggil untuk hadir ke mahkamah pada 3 April nanti. Mereka berdua diwakili peguam dari NGO Lawyers for Liberty, iaitu Puspawati Rosman, Murnie Hidayah Anuar dan Afiq M Noor.

Setiausaha Politik Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, Pejabat Ahli Parlimen sudah mengeluarkan surat pengesahan berkenaan sukarelawan yang ditugaskan membuat bancian semalam.

“Kami memang mengadakan proses bancian penduduk supaya sebarang hal-hal mencurigakan berkaitan dengan senarai pengundi dapat terus dibawa ke Parlimen yang bersidang.
“Bermula Sabtu lalu, petugas-petugas bancian telah beberapa kali diganggu, terutamanya di kawasan kubu kuat Umno. Jelas ini adalah satu bentuk intimidasi dan politik yang mengecewakan dari Umno”, jelas Fahmi.

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...