PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Saturday, 24 March 2012

Jingga13 : Anak Menteri Disiasat?

Kenyataan Media Jingga 13: Anak Menteri Harus Disiasat Segera Berhubung Isu Pukul Penyelia Keselamatan 


Jingga 13 mendesak satu siasatan segera dan menyeluruh terhadap insiden seorang anak lelaki Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang didakwa membelasah seorang penyelia keselamatan sebuah kondominium di Mount Kiara pada malam Selasa lalu.


Ketua Polis Daerah Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid telah mengesahkan dua laporan polis tersebut dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam pergaduhan.
Jingga 13 melihat insiden ini sebagai satu kejadian yang semakin mengikis rasa hormat masyarakat terhadap hak asasi antara satu sama lain. Tambahan lagi perlakuan ini dilakukan oleh Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz, anak lelaki Menteri yang menjaga hal ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri.
Jingga 13 percaya kepada ketelusan PDRM untuk menyiasat perkara ini dengan lebih telus memandangkan terdapat CCTV yang dilaporkan merakamkan kejadian tersebut dan bukti ini harus diselenggarakan dengan penuh integriti demi membuktikan tidak ada perlindungan atau kekebalan undang-undang untuk keluarga Menteri di Malaysia.
PDRM juga didesak untuk menyiasat dakwaan kononnya pengurusan kondominium dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya 'menutup' kejadian' itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk perbaharui lesem operasi mereka.
Jingga 13 mahu PDRM menyiasat adakah wujud tangan-tangan ghaib untuk mencampuri kerja-kerja penyiasatan dan menekan pihak yang melaporkan demi melindungi kepentingan individu yang bersalah dan membiarkan mangsa pukul menjadi terbiar dan tidak dibela.

DK Vicky
Setiausaha
Jingga 13 Malaysia










Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...