PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Thursday, 10 May 2012

Hapuskan Tol Demi Rakyat!!!


Pakatan Rakyat (PR) sebulat suara akan mengadakan demonstrasi aman menuntut pemansuhan Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasah 13 Mei ini.
Jelas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, demonstrasi itu bertujuan untuk memberikan tekanan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya memansuhkan operasi di plaza terbabit kerana menurutnya konsesi tol terbabit telah lebih 30 tahun mengaut keuntungan daripada operasi di palaza tol terbabit.
“Demonstrasi aman ini bertujuan untuk memberikan tekanan kepada kerajaan BN supaya memansuhkan tol tersebut, dan tarikh 13 Mei itu adalah lambang perpaduan rakyat pelbagai kaum dalam usaha melepaskan rakyat dari cengkaman kroni Umno-BN,” katanya kepada pemberita hari ini.

Jelas Khalid (gambar), pihaknya yakin syarikat konsesi tol tersebut telah mengaut keuntungan berlipat kali ganda kerana mereka telah beroperasi sejak tahun 80-an dan ianya selari dengan tarikh tamat konsesi itu yang dijangka  pada 2023.
“Konsesi akan tamat pada tahun 2023, jadi kami PR akan mendesak supaya tol itu diansuhkan lebih awal kerana ia menguntungkan kroni.
“Kita akan membuat jemputan melalui media sosial seperti Facebook dan Twitter,” tambahnya lagi.
Demonstrasi itu dijangka akan disertai lebih 3,000 peserta, dan akan bermula dari jam 2 petang.
“Saya berharap pihak keselamatan akan memberikan kerjasama dengan mengawal lalu lintas sepanjang demonstrasi tersebut berlaku,” katanya lagi.
Jelas Khalid, jika PR mengambil alih Putrajaya, mereka akan memansuhkan terus pungutan tol di negara ini.

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...