PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Wednesday, 9 May 2012

Politik kotor dan fitnahan UMNO, PAS sambut dengan PUASA dan MUNAJAT PERDANA

Puasa dan Munajat Perdana
Dewan Pemuda PAS Malaysia.

1. Fitnah makin menggila, terutama kepada PAS serta anggota dan pemimpinnya. Al Mursyidul Am PAS, Ayahanda Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat dianggap Father of Kafir oleh Bekas Ketua Polis Negara dan disiar pula oleh NST.

2. Pengarah Jabatan AMAL Malaysia saudara Johari Osman diugut dengan sepucuk surat berisi sebutir peluru hidup. Sebelumnya Saudara Mat Kamal bin Ismail anggota Jabatan AMAL Teluk Kemang telah ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi selepas 10 hari himpunan aman BERSIH 3.0 berlangsung.

3. TV3 dan Utusan Malaysia tidak henti - henti menabur fitnah kononnya BERSIH 3.0 yang disokong dan disertai oleh PAS telah melakukan keganasan, memusnahkan harta benda, bermaksud menggulingkan kerajaan secara rusuhan malah turut dikait sebagai mencemarkan kesucian Tanah Suci Makkah dan Madinah

4. Menolak dan menangkis segala fitnah jahat secara sistematik yang dilakukan kepada PAS maka kami Dewan Pemuda PAS Malaysia mengarahkan seluruh ummat Islam prihatin khasnya pemuda PAS agar berpuasa selama 3 hari berturut - turut iaitu bermula hari Khamis, Jumaat dan Sabtu [ 10, 11 dan 12 May 2012 ] kemudian diakhiri dengan Munajat Perdana pada Hari Sabtu [ 12 May ] jam 8.45 malam serentak seluruh negara di kawasan masing - masing.

5. Tentatif Program.

Khamis [ 10 May 2012 ] : Puasa
Jumaat [ 11 May 2012 ] : Puasa
Sabtu [ 12 May 2012 ] : Puasa

Sabtu [ 12 May 2012 ]

7. 15 pm : Majlis berbuka puasa
7. 30 pm : Solat Maghrib berjamaah
7. 40 pm : Makan Malam
8. 00 pm : Tazkirah : Istiqamah dalam Perjuangan
8. 20 pm : Solat Isyak Berjamaah
8. 30 pm : Solat Hajat dan Munajat Pejuang [ serentak seluruh negara ]

Lokasi : Markaz Tarbiyah PAS Kawasan.
Anjuran : Dewan Pemuda PAS Kawasan.

Nota : Munajat Pejuang akan di muat naik ke Laman Web Dewan Pemuda PAS Malaysia pada pagi Jumaat. Sila print out untuk munajat yang sama dan serentak seluruh negara.

Sekian Terima Kasih.

Nasrudin bin Hassan

KETUA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA


Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...