PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Tuesday, 8 May 2012

Tanda-tanda PRU13 Semakin Hampir! Najib mula tabur "rasuah"




JERANTUT, 8 Mei — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan durian runtuh bukan sahaja kepada peneroka warga kerja Felda malah untuk isteri dan anak peneroka.

Durian runtuh untuk peneroka adalah berjumlah RM1.689 bilion untuk diagihkan kepada 112,635 keluarga peneroka di seluruh negara sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.
Ketika mengumumkan berita baik itu di hadapan kira-kira 50,000 warga peneroka Felda di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8,
dekat sini, Najib berkata Felda kini telah memasuki satu transformasi baru setelah penyenaraian FGVH.
Beliau berkata pemberian durian runtuh itu akan dilakukan dalam tiga fasa iaitu fasa pertama berjumlah RM5,000 untuk ketua keluarga, fasa kedua sebanyak RM5,000 untuk isteri peneroka dan fasa ketiga RM5,000 kepada generasi kedua Felda.
Pada majlis itu, Perdana Menteri turut mengumumkan bonus dua bulan setengah gaji kepada petugas dan pegawai Felda.


[Dokumen diatas adalah sebagai bukti bahawa para peneroka telah ditipu kerana tandatangan "borang kosong" untuk pinjaman bank bagi memiliki saham FGVH. Malah, dalam perjanjian itu peneroka akan dibebankan untuk menanggung segala kerugian dan bersedia untuk menanggung kerugian terhadap semua tindakan guaman, prosiding, tuntutan, permintaan, kerugian serta lain-lain yang berkaitan. Cuba fikir, agaknya bank mana yang boleh bagi pinjaman tanpa cagaran? Maka apa agaknya yang telah Felda cagarkan? Sudah pastilah tanah ladang milik peneroka terbabit. Memang asalnya penyenaraian FGVH tidak libatkan ladang seperti yg didakwa, tetapi peneroka akan terjerat pada perjanjian ini apabila mereka gagal membayar pinjaman bank terbabit. Felda akan lepas tangan selepas enam bulan dan siapa yang akan jadi mangsa?. Sudah pasti peneroka. Maka apa guna durian runtuh, jika untuk merosakkan mereka].

Sudahler kena paksa tanggung kerugian! Durian runtuh pula diberikan berfasa-fasa! Fasa pertama sebelum PRU13! fasa kedua & ketiga belum tentu lagi (mungkin lepas PRU13 itupun kalau Be End Menang PRU13)  Kalau kalah sudah pasti tidak dapat langsung! Inilah yang dijanjikan oleh Be End! 

Be End beri Rakyat Ambik! Sebab ianya hak rakyat! tapi Undilah PR kerana hanya PR yang akan membela nasib rakyat!


Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...