Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Batu Pahat, Saharulnizam Harun ditahan polis di bawah Seksyen 440 Kanun Keseksaan di rumahnya jam 6.39 petang semalam.
Menurut Ketua Cabang Batu Pahat, Syed Hamid Ali, Saharulnizam telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut, dan akan ke mahkamah hari ini.
Tangkapan ini dipercayai kerana penglibatan beliau dalam himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
(berita menyusul)
Sumber