PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Sunday, 6 May 2012

PANAS : Suratkhabar Lucah Dibakar!!


(Oleh: Masdar Wahid)
SHAH ALAM 5 Mei: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor bertindak membakar akhbar Utusan Malaysia di depan pejabat KEADILAN negeri sebagai protes terhadap media kawalan Umno itu melaporkan berita fitnah dan lucah.

Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, akhbar berkenaan tidak sesuai dibaca di kalangan rakyat, terutama pelajar sekolah apabila menyiarkan berita seumpama itu.
“Sebagai contoh, Utusan kini banyak diedar di sekolah-sekolah dan rumah ke rumah secara percuma ekoran boikot berterusan rakyat terhadap media Umno itu.
“Malah kita mendapat aduan dari ibu bapa di mana anak mereka bertanyakan mengenai perkara lucah yang disiarkan Utusan Malaysia,” katanya dihubungi Suara Keadilan, 6 Mei lalu.

Pada 2 Mei lalu, akhbar itu di muka depannya menyiarkan berita dan gambar adegan seks seorang lelaki yang meniru gaya Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.
Azmizam berkata, akhbar Utusan yang dibakar itu juga diterimanya dari seorang anggota Cabang KEADILAN yang diberi secara percuma di rumahnya.
“Ini menunjukkan betapa terdesaknya Umno untuk menyiarkan propaganda mereka sehingga terpaksa mengedar akhbar mereka secara percuma walaupun tahu rakyat menolak laporan berita mereka.
“Utusan patut kembali kepada perjuangan asal dengan melaporkan berita mengenai isu rakyat seperti harga barang kerana selepas Datuk Seri Najib Razak umum Gaji Minimum, harga barang di beberapa kawasan di Lembah Klang melonjak,” tegasnya.

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...