KUALA LUMPUR 28 Feb: NGO Jingga 13 akan menghantar memorandum ke kedutaan Palestin bagi mendedahkan hubungan dagang antara kerajaan Malaysia dan Israel pada 2 Mac ini.
Ketua penyelarasnya, Fariz Musa, berkata, memorandum berkenaan bagi menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin dan membantah tindakan kerajaan Umno membenarkan kapal-kapal Israel masuk ke pelabuhan Malaysia.
“Memorandum tersebut akan turut disertakan segala dokumen, rakaman video dan gambar sebagai bukti bahawa wujud segala pengkhianatan oleh kerajaan Umno-BN, yang telah mengkhianati rakyat Palestin melalui hubungan dagang antara Malaysia -Israel,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu beliau menyeru wakil NGO, parti politik dan seluruh rakyat Malaysia bersama hadir menyerahkan memorandum berkenaan selepas solat Jumaat.
Sebelum ini, Jingga mendedahkan wujud hubungan dagang antara Umno-BN dengan Israel menerusi kemasukan kapal ZIM USA dan ZIM Atlantik, yang dimiliki ZIM Integrated Shipping LTd, berpengkalan di Haifa Israel.
Pada 22 Febuari lalu, Jingga 13 turut mengadakan perhimpunan aman membantah kemasukan kapal kargo berkenaan ke Malaysia di hadapan pintu masuk westports, Pelabuhan Klang.
Menurut Fariz, beliau turut memiliki dokumen rakaman video serta gambar mengenai kehadiran kapal berkenaan.
“Kehadiran serta hubungan perdagangan tersebut adalah membuktikan bahawa Kerajaan UMNO/BN mengiktiraf negara haram Isreal walaupun Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik .
“Sikap dan tindakan tersebut menunjukkan sikap hipokrit kerajaan UMNO-BN terhadap seluruh rakyat Malaysia dan Palestin. Mereka konon menyokong perjuangan rakyat Palestin tetapi sebenarnya mengkhianati rakyat Palestin yang dizalimi Israel,” tegasnya.
Kenyataan Media Jingga13
BANTAHAN HUBUNGAN DAGANG MALAYSIA - ISRAEL : PENYERAHAN MEMORANDUM DAN BUKTI KEPADA KEDUTAAN PALESTIN DI MALAYSIA PADA 2 MAC 2012
JINGGA 13 telah mendedahkan bahawa wujud hubungan perdagangan erat antara Kerajaan UMNO/BN dengan Kerajaan Isreal sepertimana dokumen dan rakan video serta gambar kapal ZIM USA dan ZIM ATLANTIC yang merupakan kapal milik syarikat perkapalan ZIM INTEGRATED SHIPPING LTD yang berpengkalan di Haifa , Isreal pada 20 Februari 2012.
Satu Perhimpunan Aman Membantah Kemasukan Kapal Israel Ke Malaysia telah diadakan.d hadapan pintu masuk Westports , Pelabuhan Klang pada 22 Februari 2012 lalu , ekoran kemasukan tiga buah kapal Isreal milik Zim Integrated Shipping Ltd , Israel di Westports, Pelabuhan Klang .
Kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Idustri juga turut mengesahkan akan kewujudan dan kehadiran kapal-kapal milik Isreal tersebut yang dimiliki oleh Israel Coporation adalah membuktikan bahawa wujud hubungan dagang antara Malaysia dan Isreal .
Kehadiran serta hubungan perdagangan tersebut adalah membuktikan bahawa Kerajaan UMNO/BN mengiktiraf negara haram Isreal walaupun Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik . Sikap dan tindakan tersebut adalah hipokrit kerajaan UMNO / BN tehadap seluruh rakyat Malaysia dan Palestin , Kerajaan UMNO/BN yang konon menyokong perjuangan rakyat Palestin tetapi sebenarnya mengkhianati rakyat Palestin yang dizalimi oleh Israel.
Tindakan hubungan dagang dan perniagaan tersebut turut membantu peningkatan dan pertumbuhan ekonomi negara Isreal serta turut menyumbang kepada 'peluru dan senjata' yang merobek dan membunuh umat Palestin tanpa rasa perikemanusiaan oleh para tentera Israel. HUBUNNGAN DAGANG ADALAH BUKTI PENGIKTIRAFAN KERAJAAN UMNO /BN TERHADAP ISREAL.
Justeru sempena kemasukan kapal ZIM ALAMABA pada 29 Februari 2012, JINGGA 13 akan menghantar memorandum dan bukti hubungan dagang Malaysia-Isreal kepada Embassy of the state of Palestine sebagai tanda membantah tindakan Kerajaan UMNO/BN yang membenarkan kapal-kapal Isreal ke negara Malaysia sebagai soladiriti kemanusiaan terhadap rakyat Palestin.
Memorandum tersebut akan turut disertakan segala dokumen , rakaman video dan gambar sebagai bukti bahawa wujud segala pengkhianatan oleh Kerajaan UMNO/BN yang telah mengkhianati rakyat Palestin melalui hubungan dagang antara Malaysia -Isreal.
JINGGA 13 menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar dapat bersama -sama pada 2 Mac 2012 , selepas solat Jumaat beramai-ramai ke kedutaan Palestin bagi menghantar memorandum tersebut . JINGGA 13 menjemput semua NGO dan parti2 politik menyampaikan memorandum kepada Embasy of the state Palestin terhadap bantahan hubungan dagang dan kemasukan kapal-kapal Isreal ke pelabuhan-pelabuhan di negara kita termasuk Sabah dan Sarawak.
JINGGA 13 memohon maaf terhadap perubahan tarikh yang sepatutnya diadakan pada 29 Februari 2012 sempena kehadiran kapal ZIM ALABAMA di Westports , Pelabuhan Klang yang datang terus dari Haifa, Isreal ke Pelabuhan Klang sepertimana makluman wewaktu perhimpunan aman membantah kemasukan kapal Israel pada 22 Februari 2012 ditunda kepada 2 Mac 2012 selepas solat Jumaat , jam 2.30 ptg di Embassy of the State of Palestine, 63, Jalan U Thant, 55000 Kuala Lumpur.
Muafakat*Prihatin*Berani
FARIZ MUSA ketua Koordinator JINGGA 13 |