PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Thursday, 1 March 2012

PANAS: Alasan NFC Tidak Masuk Akal!!



SKANDAL NFC:
KENYATAAN NFC MEMPERTAHANKAN OPERASI PERNIAGAAN DI SINGAPURA TIDAK MASUK AKAL

Saya merujuk kepada kenyataan Dato’ Seri Salleh Ismail, Pengerusi Eksekutif NFC yang disiarkan laman berita The Malaysian Insider bertajuk “NFCorp Justifies Its Expansion Into Singapore” bertarikh 1 Mac 2012.


Beliau dipetik mempertahankan operasi perniagaan milik keluarganya di Singapura (setakat ini melibatkan tiga buah restoran mewah dan sebuah pasaraya mewah) yang dipercayai menggunakan dana awam RM250 juta. Beliau memberikan alasan bahawa pasaran Malaysia untuk membeli daging dari NFC terlalu kecil dan tidak dapat memenuhi pengeluaran NFC. Malah, beliau turut membayangkan hasrat NFC untuk membuka operasi di Indonesia dalam masa yang terdekat.

Saya berasa kesal kerana alasan yang diberikan tidak dapat diterima akal oleh rakyat Malaysia. NFC sehingga sekarang masih gagal untuk mencapai sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan sebagai syarat untuk mendapatkan projek Pusat Fidlot Kebangsaan dan dana awam RM250 juta.
Berdasarkan sumber rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar di laman web dan sasaran pengeluaran daging yang ditetapkan kepada NFC, perbandingan berikut boleh dibuat:


Sasaran Rasmi
Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Pencapaian NFC
(2008 hingga 2010)
Output pengeluaran daging mentah menjelang 2009
50,000 tan setahun
Purata 400 tan setahun (berdasarkan purata 1,914 sembelihan setiap tahun, berat bersih daging 200 kg setiap sembelihan)
Peratusan pencapaian berbanding sasaran yang ditetapkan
-
0.8%
Jumlah lembu yang perlu disembelih oleh NFC untuk memenuhi sasaran 40% permintaan daging tempatan
800 ekor sehari
(berdasarkan berat bersih daging 200 kg setiap seekor lembu, 300 hari operasi setiap tahun)
Purata 6 ekor sehari

Perbezaan di antara sasaran yang ditetapkan mengikut dasar-dasar utama negara dan pencapaian NFC setakat ini jauhnya bagai langit dan bumi. NFC tidak ada hak untuk bercakap mengenai pasaran baru diluar negara selagi ia tidak memenuhi sasaran 40% permintaan tempatan kerana itulah tujuannya NFC ditubuhkan. Malah, kenyataan Dato’ Seri Salleh Ismail bahawa pasaran tempatan terlalu kecil dan tidak mampu memenuhi pengeluaran NFC adalah satu penipuan yang menghina minda rakyat Malaysia.

Saya masih menunggu kenyataan rasmi dari NFC dan kerajaan untuk menjawab kenapa sejumlah wang rakyat dibenarkan dilaburkan dalam aktiviti perniagaan di luar negara yang tidak ada kena mengena dengan tujuan pembiayaan RM250 juta diluluskan.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
1 MAC 2012

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...