PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Tuesday, 28 February 2012

Najib Hilang Keyakinan Pada FELDA!!!


PETALING  JAYA 28 Feb: Pengarah Srategi KEADILAN, Rafizi Ramli mempersoalkan mengapa Pusat Fidlot Nasional tidak diserahkan kepada syarikat Felda yang lebih berkelayakan dan turut membida projek berkenaan.
Sebaliknya, kata Rafizi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menganugerahkan kontrak itu kepada syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.


Menurut Rafizi, Najib perlu menjelaskan perkara ini kerana beliau mempengerusikan Jawatankuasa Pemilihan Syarikat peneraju bagi Pusat Fidlot Nasional yang menjemput enam syarikat, termasuk Felda Farm Product Sdn Bhd.
“Dari segi pengalaman, saiz kapital, pengurusan dan rekod industri, syarikat paling layak mendapat kontrak ini adalah Felda Farm Product Sdn Bhd,” kata Rafizi ketika sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini.
Dalam sesi pendedahan terbaru mengenai isu NFC itu, Rafizi turut menunjukkan profil syarikat-syarikat terlibat, yang diperoleh dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Beliau berkata, syarikat Agroscience Industries Sdn Bhd, yang mendapat kontrak berkenaan hanya ditubuhkan setahun sebelum kontrak dianugerahkan.
“Ini menunjukkan lantikan Agroscience Industries Sdn Bhd melalui proses yang tidak telus dan mengabaikan pertimbangan asas kewangan dan pengalaman yang dimiliki Felda Farm Products Sdn Bhd,”  jelas Rafizi.
Rafizi berkata, Najib harus mendedahkan minit mesyuarat jawatankuasa pemilihan dan menerangkan kriteria yang digunakan sehingga Felda Farm Products Sdn Bhd yang paling layak, diketepikan.
“Pelantikan Felda Farm Products Sdn Bhd pasti akan dapat meningkatkan lagi hasil pendapatan peneroka.
“Oleh itu, beliau harus memberi jawapan kepada ratusan ribu warga felda yang lebih layak, tetapi diketepikan hanya untuk keluarga menteri,”  ujarnya lagi.

Kenyataan Media SKANDAL NFC: 



DATO’SERI NAJIB PERLU JELAS KENAPA FELDA FARM PRODUCTS SDN BHD TIDAK DILANTIK MENERAJUI NFC


Pendedahan yang dibuat setakat ini menunjukkan bahawa NFC yang diterajui suami Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan anak-anak mereka gagal memenuhi sasaran kerana mereka langsung tidak adapengalaman di dalam industri penternakan berskala besar. Perkara ini turut diakui oleh Dato’ Seri Salleh Ismail sendiri, bahawa mereka sebenarnya tidak berpengalaman dalam satu temuramah dengan media perdana bertarikh 17 November 2011.


Ini menimbulkan persoalan bagaimanakah sebuah projek berstatus nasional yang dikategorikan sebagai “projek berimpak tinggi” dengan peruntukan melebihi RM300 juta boleh diberikankepada sebuah syarikat milik keluarga menteri yang tidak berpengalaman.


KEADILAN telah menyemak kembali semua sumber rasmi untuk memahami proses penganugerahan tender itu.


Hakikatnya, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Noh Omar sendiri mengakui bahawa tidak ada tender terbuka untuk memilih operator yang terbaik. Sebaliknya, kerajaan Barisan Nasional hanya memanggil beberapa buah syarikat yang tidak dikenali bersama-sama dengan Agroscience Sdn Bhd (milik keluarga Dato’ Seri ShahrizatJalil) untuk mengemukakan kertas cadangan.


Ini diterangkan beliau di Dewan Rakyat pada 31 Oktober 2011, seperti berikut:


“Pusat Fidlot Nasional ini Tuan Yang diPertua, matlamat utama pelaksanaan Pusat Fidlot Nasional ialah untuk kitamewujudkan sistem pengeluaran daging lembu fidlot secara komersial sepanjang rantai nilai bagi meningkatkan pengeluaran daging dalam negara. Bagimerealisasikan pelaksanaan program ini, kerajaan telah menjemput beberapa syarikat untuk membentangkan cadangan projek tersebut.Hanya enam buah syarikat yang membentangkan cadangan projek kepada Jawatankuasa Pemilihan Syarikat Peneraju Bagi Projek PFN pada 25 September 2006.


Enam syarikat ini terdiri daripada FELDA Farm Product Sdn Bhd, Group FiveBonsmara Breeding Centre Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd, Lamberts Agriculture Trade (M) Sdn Bhd – ini syarikat dari Australia ini – yang kelima,MIG Farm Sdn Bhd dan yang keenam MLC Industries Sdn Bhd. Melalui mesyuarat tersebut, Jawatankuasa Pemilihan Syarikat Peneraju Bagi Projek PFN memilih duasyarikat iaitu Syarikat Agroscience Industries Sdn Bhd dan juga Lamberts Agriculture Trade (M) Sdn Bhd yang mana Lamberts diberikan 500 ekar dan AgroScience diberi sebanyak 5,000 ekar.”


Umum sedia maklum bahawa JawatankuasaPemilihan Syarikat Peneraju Bagi Projek PFN dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Semakan awal KEADILAN menunjukkan dari segi pengalaman, saiz kapital, pengurusan dan rekod industri, syarikatyang paling berdaya maju di antara keenam-enam syarikat tersebut adalah Felda Farm Product Sdn Bhd. 


Perbandingan dari segi saiz kapital dan perolehan (yang menjadi salah satu kayu ukur kekuatan kapital, pengurusan dan pengalaman) berdasarkan carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang disertakan bersama adalah seperti berikut:




Jelas sekali bahawa hanya Felda Farm Products Sdn Bhd adalah satu-satunya syarikat yang mempunyai operasi sedekad sebelum Projek Fidlot Nasional dirancang, berbeza dengan syarikat-syarikat lain termasuklah Agroscience Industries Sdn Bhd yang hanya ditubuhkan setahun sebelum kontrak dianugerahkan.


Jelas juga bahawa ada pertimbangan yang tidak telus kerana lantikan Agroscience Industries Sdn Bhd mengenepikan pertimbangan asas kewangan dan pengalaman, yang memihak kepada Felda Farm Products Sdn Bhd. Dari segi impak nasionalnya pula, Felda mempunyai rancangan tanah yang besar dan peneroka-peneroka boleh dilatih menjadi penternak berjaya untuk meningkatkan lagi hasil pendapatan mereka, selain tanaman kelapa sawit. 


Sebagai individu yangbertanggungjawab menganugerahkan kontrak ini kepada syarikat milik keluarga menteri yang kini terbukti tidak berjaya memenuhi sasaran dan menyelewengkan wang bagi tujuan lain, Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak boleh mencuci tangandan berdiam diri. Beliau wajib memikul tanggungjawab dan tindakan menolak isu ini kepada Dato’ Seri Shahrizat Jalil semata-mata membayangkan beliau seorang ahli politik Umno yang pentingkan diri.


Oleh yang demikian, KEADILAN mendesak supaya semua minit mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Syarikat Peneraju Bagi Projek PFN yang dipengerusikan Perdana Menteri, didedahkan serta-merta agar beliau boleh menerangkan kepada ratusan ribu warga Felda:


1.     Kenapa beliau mengenepikan warga Felda sedangkan mereka lebih layak dan berpengalaman berbanding keluarga menteri;


2.     Apakahkriteria yang digunapakai sehinggakan Felda Farm Products Sdn Bhd diketepikan berbanding Agroscience Industries Sdn Bhd yang tidak mempunyai pengalaman?


Perkara ini sudah tentu akan terus mengheret Dato’ Seri Najib kecualilah beliau mendedahkan kesemua minitmesyuarat yang dipengerusikan beliau.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN


HAJI SUHAIMI SAID
PENGERUSI, BIRO FELDA DAN ORANG ASAL KEADILAN

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...