PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Tuesday, 28 February 2012

Najib Rasuah SPRM? ‘You help me, I help you’!


KUALA LUMPUR, 28 Feb: PAS akan mengemukakan usul penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Anti Rasuah seperti yang dicadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam pada sesi parlimen terdekat supaya Umno BN tidak perlu menanti mendapat 2/3 majoriti parlimen untuk melaksanakannya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan bahawa sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Anti Rasuah (SPRM), seperti yang dicadangkan oleh lembaga penasihat SPRM, akan ditubuhkan untuk membolehkan badan pemantau anti-rasuah itu mempunyai kawalan penuh ke atas pegawai-pegawainya, termasuk kuasa untuk melantik dan memecat mereka. Namun begitu, beliau menyatakan bahawa isu ini perlu pindaan perlembagaan. Dalam reaksi balas, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata PAS melalui Jawatankuasa Khas Parlimen akan meneliti dan mengemukakan usul penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Anti-Rasuah yang dicadangkan Najib bersama beberapa perkara lain.
Menurut beliau, PAS akan mengemukakan usul tersebut di dalam sidang parlimen akan datang. “Perdana Menteri tidak perlu menunggu untuk mendapatkan 2/3 majoriti dalam pilihanraya akan datang, kerana rakyat akan menilai sejauhmana kerajaan mendokong usaha membanteras rasuah dengan menilai sokongan BN terhadap usul yang akan dibawa PAS,” tambah beliau dalam kenyataannya hari ini.
Sepatutnya, kata Tuan Ibrahim, bukan sahaja kuasa pemantauan diberikan kepada kakitangan SPRM, bahkan kuasa pendakwaan juga sepatutnya diberikan kepada SPRM, dan bukan lagi tertakluk kepada budi bicara Peguam Negara sebagaimana kini.
“Apa yang penting bagi SPRM bukan semata-mata siasatan, tetapi turut mempunyai kuasa pendakwaan. Rakyat masih bertanya kemana pendakwaan kes berprofile tinggi yang pernah dinyatakan oleh Datuk Seri Rais Yatim, demikian juga isu besar NFC dan sebagainya,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu.
Mengenai komitmen Umno-BN untuk membanteras rasuah, Tuan Ibrahim mengingatkan rakyat mengenai wayang ‘anti-rasuah’ yang dimainkan ketika zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi yang melibatkan pendakwaan terhadap Tan Sri Kasitah Gaddam dan Tan Sri Eric Chia, di mana kedua-duanya akhirnya didapati tidak bersalah.
“Jika PM ikhlas dalam membanteras rasuah, beliau tidak perlu mengambil usul ini sebagai satu lagi janji berbentuk ‘you help me, I help you’ untuk mendapatkan undi rakyat, kerana pihak PAS dan Pakatan Rakyat sudah tentunya akan menyokong usul tersebut asalkan ia memberi manfaat kepada negara dan rakyat,” tegas beliau.

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...