PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Saturday, 3 March 2012

Palestin diminta nyatakan ketegasan hubungan Malaysia- Israel


KUALA LUMPUR 2 Mac: Sekumpulan aktivis hari ini menyerahkan memorandum ke kedutaan Palestin di Kuala Lumpur untuk menggesa negara itu menyatakan ketegasan ke atas hubungan dagang di antara Malaysia dan Israel.
Kumpulan seramai kira-kira 20 orang diketuai pemimpin NGO, Jingga 13 itu menyerahkan memorandum berkenaan kepada wakil kedutaan itu di Jalan U Thant,  Ampang pada kira-kira jam 3.10 petang ini.


Ketua penyelaras Jingga 13, Fariz Musa berkata Palestin perlu menyatakan ketegasan memandangkan hubungan dagang di antara Malaysia-Israel menunjukkan Malaysia mengiktiraf negara itu.
“Sebab itu kita lihat kerajaan Malaysia bersifat hipokrit kepada rakyat Malaysia dan juga rakyat Palestin yang dizalimi rejim Israel,” katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini.
Tambahnya, tindakan itu juga mengkhianati pejuang Palestin yang terus diserang oleh rejim Zionis itu, katanya.
‘Sebab itu kita cabar (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak) dan (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin), kalau benar tak ada hubungan dengan Israel hentikan segera semua hubungan dangang Malaysia-Israel,” katanya lagi.
Katanya, selain memorandum daripada Jingga 13 dan AMK, wakil kumpulan tersebut hari ini turut menyerahkan bukti rakaman video mengenai kehadiran kapal dagang Israel ke pelabuhan negara ini.


Bukti rakaman itu sama seperti yang didedahkan kepada media pada 20 Februari lalu, katanya seperti dilapor Malaysiakini.
Kumpulan berkenaan turut berarak dan membawa sepanduk dengan slogan “Hubungan dagang dengan Israel ialah peluru pembunuh umat Palestin.”
Turut hadir dalam perhimpunan itu ialah timbalan ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin; timbalan ketua penerangannya Rozan Azen Mat Rasip; wakil Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Mustafa Mansor dan juga presiden Anwar Ibrahim Club (AIC),  Saifuddin Shafi Muhammad.

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...