PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Tuesday, 28 February 2012

Peguam Negara Akan Dakwa Pengerusi NFCorp?

SKANDAL NFC : JINGGA 13 PERSOAL KREDEBILITI SIASATAN DAN DESAK JABATAN PEGUAM NEGARA TELUS DAN PROFESIONAL



JINGGA 13 menyangkal tindakan NFCorp yang mempertikai dan melatah terhadap cadangan awal polis agar pengerusi syarikat itu didakwa dengan pertuduhan pecah amanah untuk Jabatan Peguam Negara. Tindakan tersebut adalah ternyata mempertikai urusan dan siasat pihak polis terhadap Skandal NFC yang telah melakukan pecah amanah jenayah wang rakyat yang dipinjamkan bagi tujuan melaksanakan Projek Fidlot Kebangsaan. 

JINGGA 13 yang terlibat secara langsung dalam kesemua laporan polis dan SPRM terhadap Skandal NFC tersebut mempersoalkan akan maksud "cadangan awal" pihak polis terhadap siasatan tersebut agar Pengerusi NFCorp dikenakan atas tuduhan pecah amanah jenayah kepada pihak Jabatan Peguam Negara. Adakah hasil siasatan tersebut "tidak" kuat segala bukti dan siasatan dibuat terhadap Skandal NFC tersebut yang bakal akan dibuang kes oleh Jabatan Peguam Negara?
JINGGA 13 merasa agak janggal dan hairan kenapa hanya suami kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil , Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail,Pengerusi NFCorp yang dikenakan tuduhan pecah amanah jenayah tersebut tanpa dilibatkan sama pengurusan NFCorp yang merupakan anak-anak Datuk Seri Shahrizat Jalil yang turut terlibat secara langsung dalam semua pengurusan NFCorp terhadap projek nasional tersebut.

Tindakan tersebut seolah-olah menutup segala jenayah yang turut dilakukan oleh ahli keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil yang lain. Sedangkan segala laporan polis dibuat oleh JINGGA 13 adalah melibatkan ahli keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil yang terlibat sebagai pengurusan tertinggi NFCorp.

JINGGA 13 juga mempersoalkan pihak polis atas siasatan apa yang dibuat terhadap Pengerusi NFCorp tersebut? Adakah atas pembelian kondominium One Menerung, atau pembelian kereta mercedes mewah, atau pembelian 2 lot tanah di Percint 10 , atau menyalurkan wang ke syarikat Meatworks (Singapura) Ltd , atau penggunaan wang NFC membayar kad kredit kesemua ahli keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil? Bukankah pengurusan tertinggi syarikat turut sama terlibat dalam kesemua skandal tersebut? Kenapa cadangan awal pihak polis hanya  terhadap Pengerusi NFCorp sahaja?

JINGGA 13 MENDESAK agar Jabatan Peguam Negara bertindak profesional , telus dan adil dan tidak dipengaruhi oleh 'tangan-tangan ghaib ' yang akan menganggu keputusan dan tindakan . Rakyat sedang memerhati segala tindak tanduk terhadap Skandal NFC yang melibatkan wang rakyat yang digunakan hampir lebih RM60 juta untuk kepentingan peribadi dan keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil.

MUAFAKAT *PRIHATIN*BERANI


FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 13

No comments:

Post a Comment

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...