PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Sunday, 1 April 2012

Durian Runtuh Untuk Peneroka: Antara Rasuah PRU13 Atau Hasil Gadaian FGVH?

PM: Durian runtuh untuk peneroka diumum Mei!!


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan membuat pengumuman pada Mei depan yang disifatkannya sebagai "durian runtuh" kepada para peneroka bersempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH).

Perdana Menteri berkata pengumuman itu disifatkan beliau bakal membuatkan para peneroka "tersandar, rebah dalam kejutan".


"Banyak mana? Saya tak akan umumkan hari ini. Banyak mana? tunggu, kita akan buat pengumuman nanti," katanya ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Peneroka Gugusan Bera di Felda Triang 3, dekat Bera, semalam.

Turut hadir pada majlis yang dihadiri lebih 10,000 peneroka itu ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob,  Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Perdana Menteri berkata pengumuman itu akan dibuat dalam satu perjumpaan besar-besaran bersama warga peneroka di Pahang pada Mei depan.

Berkenaan penyenaraian FGVH pada Jun depan, Najib berkata kerajaan memutuskan untuk menyenaraikannya di Bursa Malaysia bagi menjana kekayaan berlipat ganda yang akhirnya akan memberi manafaat secara langsung kepada peneroka.

"Kerajaan ambil keputusan supaya FGVH ini disenaraikan kerana kita ingin aset Felda ini untuk menjana kekayaan berlipat ganda seterusnya kekayaan melonjak itu kita akan pulangkan kepada peneroka," katanya.

Perdana Menteri berkata penyenaraian itu merupakan satu lonjakan berganda buat alaf baru untuk Felda dan menurutnya "peneroka juga akan terima durian runtuh, (peneroka) tidak akan terfikir jumlah durian runtuh itu".

Dalam perkembangan berkaitan,  Perdana Menteri berkata Felda juga menyediakan peruntukan lebih RM1 bilion bagi program pembesaran rumah peneroka di seluruh negara.

"Sehingga tahun ini, Felda telah meluluskan RM813.8 juta pinjaman kepada 25,455 peneroka Felda tanpa dikenakan sebarang bayaran faedah.

"Selain jumlah yang diluluskan itu, Felda telah menambahkan RM200 juta lagi bagi membolehkan lebih ramai peneroka  mendapat pinjaman untuk membesarkan rumah mereka.

"Bagi Gugusan Felda Bera sahaja, Felda telah meluluskan RM5 juta kepada 144 peneroka memerusi program tersebut," kata  Najib.

Perdana Menteri juga berkata Felda akan terus membela masyarakat peneroka termasuk membina rumah untuk anak-anak mereka yang merupakan generasi kedua supaya mempunyai kediaman yang selesa.

"Di Felda Triang 3 sahaja, Felda telah membina 169 buah rumah kos rendah dan 126 rumah kos sederhana yang kini 95  peratus telah siap.

"Bagi rumah kos rendah yang akan dijual pada harga RM36,000 (seunit), Felda telah memberi subsidi sebanyak RM63,000 bagi  setiap unit dan RM15,000 subsidi bagi setiap unit rumah kos sederhana yang dijual pada harga RM90,000," katanya.

Bernama

Kerajaan kini boleh dianggap sedang cuba mengambil keuntungan kali kedua ke atas Felda...


Kalau nak diikutkan.. 
tujuan sebenar kerajaan menubuhkan Felda pada tahun 1956 dulu adalah untuk membantu orang-orang melayu melalui sektor pertanian perladagangan..

Namun..
apa yang berlaku sekarang adalah..

kerajaan cuba menggunakan sehabis-habisnya Felda ini selagi boleh bagi mengaut keuntungan berlipat kali ganda tanpa memikirkan nasib peneroka di masa hadapan...

Sepanjang proses tanah rancangan ini berjalan pun, telah wujud penipuan demi penipuan di dalam penjualan buah kelapa sawit..
peneroka selama ini dikelirukan dengan kadar perahan gred buah...
dalam urusan penjualan kelapa sawit,Felda dikatakan menggunapakai 18.9% sedangkan nilai sebenar didakwa antara 24% ~  25%...

Kini..
apabila kerajaan berhasrat menyenaraikan Felda ke dalam bursa saham..
kerajaan sebenarnya meletakkan Felda di dalam keadaan yang tidak terjamin masa depannya...

Apa-apa pun boleh berlaku apabila penyenaraian ini dilaksanakan kelak..
termasuklah warisan melayu ini boleh tergadai kepada syarikat asing...

Di peringkat awal lagi, penyenaraian Felda ini sudah cukup meragukan peneroka dan rakyat Malaysia..


Menurut Pengerusi ANAK,Mazlan Aliman..
Kerajaan cuba mencipta satu perjanjian di dalam penyenaraian ini dimana peneroka tidak boleh mengambil apa-apa tindakan ke atas Felda sekiranya berlaku apa-apa kemungkinan (kesan buruk) yang terhasil dari penyenaraian tersebut..

Menurut Mazlan Aliman..
"ini bagi saya menggambarkan bahawa mereka (kerajaan & Felda) sendiri tidak bertanggungjawab di atas apa-apa juga risiko daripada penyenaraian.."

"dan ternyata telahan kita bahawa ada suatu motif daripada penyenaraian ini adalah betul,dan kita cukup bimbang apabila (peneroka) isi form (borang) itu dan apa yang kita telahkan (iaitu) berlaku kegagalan,dan Felda atau kerajaan akan berlepas tangan,makna tak boleh saman (tak boleh diambil tindakan ke atas kerajaan dan Felda) itu ditulis secara nyata dan kemudiannya disahkan oleh pesuruhjaya sumpah.." tambah beliau lagi...
Untuk lebih pemahaman..
saksikan video ini...


sumber lianglahad

Kenyataan Anwar Ibrahim mengenai isu FGVH



Rakyat Malaysia berhak untuk tahu tentang semua perkara berkaitan (termasuk kerugian yang dialami di peringkat subsidiari-subsidiari dan bukan sahaja di peringkat Kumpulan) Felda Global Ventures Sdn Bhd dan syarikat induknya Lembaga Pertubuhan Felda, kerana kami percaya bahawa Felda Global Ventures dan Lembaga Pertubuhan Felda telah meminjam sebanyak RM6 billion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (pada mulanya Lembaga Felda telah meminjam RM6 billion daripada KWSP dan kemudian sejumlah RM3 billion daripada itu dipinjamkan oleh Lembaga Felda kepada Felda Global), yang mana sudah tentulah dana tersebut datang daripada rakyat Malaysia.


Kenapakah pinjaman yang dibuat itu tidak pernah dibentangkan di Parlimen yang mewakili rakyat Malaysia? Siapakah yang mengarahkan KWSP untuk meminjamkan jumlah besar wang tersebut kepada Kumpulan Felda? Kami juga percaya pelaburan luar negara yang dibuat oleh Kumpulan Felda dengan menggunakan wang yang dipinjam daripada KWSP itu semuanya mengalami kerugian. Kami percaya bahawa semua pelaburan luar negara yang dibuat oleh Felda Global dengan menggunakan pinjaman wang KWSP itu dalam Felda Iffco Sdn Bhd, Twin Rivers Technologies US, TRT-ETGO Canada, Felda Global Ventures Middle East dan juga Felda Global Ventures Arabia semuanya mencatatkan kerugian terkumpul daripada tahun 1997 hingga 2010 hampir RM500 juta dan kebodohan pengurusan Felda Global Ventures adalah setara kalaupun tidak lebih besar daripada salah urus tadbir Sime Darby.


Dengan kerugian yang dialami Felda Global Ventures dalam pelaburan luar negara itu, kami difahamkan pinjaman daripada KWSP itu tidak akan dibayar tetapi akan dilanjutkan tempoh pembayarannya yang sudah tentu ditanggung oleh rakyat. Kami percaya bahawa Perdana Menteri tidak tahu menahu seteruk itu kerugian yang dialami oleh Felda Global Ventures dalam pelaburan luar negaranya kerana kerugian itu diselindung dengan keuntungan besar Felda Global dalam perniagaan minyak kelapa sawit saban tahun.


Sebenarnya, keuntungan daripada bahagian minyak kelapa sawit Malaysia di Felda Global telah dijadikan subsidi untuk kerugian yang dialami pelaburan luar negara Felda. Perdana Menteri begitu bangga sekali memuji Felda Global Ventures yang kononnya telah membuat pelaburan di luar negara tetapi adalah sesuatu yang sangat memalukan kerana kami percaya bahawa hampir semua pelaburan yang dibuat oleh Felda Global itu mengalami kerugian.


Kami difahamkan bahawa pelaburan yang dibuat di Twin Rivers Technologies AS, sebuah kilang minyak dan lemak di AS, adalah pelaburan terburuk yang pernahdibuat dalam sejarah korporat Malaysia. Pelaburan awal sebanyak RM175 juta dibuatuntuk memperoleh Twin Rivers Technologies AS, yang sebelumnya dijual olehProcter & Gamble.


Kami difahamkan selepas Felda Global Technologies memperoleh Twin RiversTecnologies US, Bank of America telah menuntut USD100 juta pinjaman kepadaTwin Rivers Technologies US, sehingga Felda Global harus mengambil RM300 jutapinjaman dari CIMB untuk membayar kepada Bank of America. 
Difahamkan juga Felda Global telah menghabiskan sebanyak RM600 jutauntuk kilang penghancur di Kanada di bawah anak syarikat Twin Rivers TechnologiesUS, TRT ETGO Kanada, yang sampai sekarang tidak pernah membuat sebarang keuntungan.


Adakah Felda Global telah membuat pinjaman lebih lanjut kepada TRT ETGO Kanada sekitar RM100 juta? Oleh kerana itu, kami percayajumlah keseluruhan pelaburan di Twin Rivers Technologies US termasuk anaksyarikat adalah sekitar RM1.175 bilion. Walaupun pelaburan yang besar, kami percaya bahawa Twin Rivers Technologies US telah mengalami kerugian setiaptahun daripada 2007 sehingga 2010 mendekati RM500 juta.


Sekiranya benar Kumpulan Felda telah meminjam sebanyak RM6 bilion daripada rakyat melalui KWSP, kami menuntut siasatan dilakukan terhadap kegiatan Kumpulan Felda itu, sama seperti penyiasatan ke atas Sime Darby, dan mereka yang berada dalampengurusan Kumpulan Felda seperti Ketua Pegawai Strateginya, Suzana Wati Idayu Othman dan lembaga pengarahnya, yang bersalah dalam membuat keputusan yang menyebabkan kerugian dalam semua pelaburan di luar negera itu. 


Mereka perlu bertanggungjawab di atas kecuaiaan mereka lakukan. Di bawah Akta Felda, keputusan pelaburan semua Kumpulan Felda pada dasarnya memerlukan kelulusan Menteri yang bertanggung jawab atas Felda, yang sejak tahun 1997, dijawat oleh Najib Razak.


Sama ada kerugian dalam pelaburan itu telah didedahkan kepada Najib atau tidak didedahkan kepada Najib oleh pihak pengurusan Global Felda, kerugian dalam pelaburan itu adalah tanggungjawab pengurusan Felda Global dan Dato 'Seri Najib. Siasatan perlu dilakukan dan didedahkan kepada rakyat.


Difahamkan bahawa Ethos Consulting, yang seorang rakan kongsinya adalah bekas pegawai khas Najib Razak, Mustapha Omar Ong, dilantik sebagai perunding untuk Felda Global. Kami menuntut untuk mengetahui berapakah bayaran yang dikenakan oleh Ethos Consulting terhadap Felda Global dan bagaimana sebuah firma perunding yang tidak mahir dalam industri pertanian dilantik sebagai perunding untuk Felda Global?


Jika benar pelaburan di luar negara oleh Felda Global rugi, sepatutnya bayaran tidak harus dibuat ke atas Ethos Consuting kerana ternyata merupakan perunding yang gagal. Rakyat menuntut jawapan ke atas semua soalan di atas kerana Felda telah meminjam RM6 bilion daripada rakyat.



ANWAR IBRAHIM

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...