PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Tuesday, 3 April 2012

Video : Speaker Gagal Kawal Dewan, Tolak Laporan Minoriti

Kekecohan bermula apabila Pandirkar Amin menghalau 3 ahli Parlimen PR

KUALA LUMPUR 3 April: Kekecohan berlaku dalam perbahasan meluluskan laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC) di Dewan Rakyat. Ia bermula usul Pakatan Rakyat untuk membuat pindaan memasukkan laporan minoriti ke dalam laporan akhir PSC ditolak Speker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Saksikanlah video live dari Parlimen disaat Speaker Pandirkar menghalau keluar 3 ahli Parlimen PR!



Pandikar berkata Dewan tidak mempunyai kuasa mengubah keputusan seperti yang diputuskan PSC. “Peraturan mesyuarat 30 (1), itu tidak merangkumi apa-apa yang dibentangkan pada hari ini. Peraturan ini meminta supaya usul ia diterima majlis atau tidak.


“Apabila yang berhormat membangkitkan 30 (1), majlis atau pun saya tidak mempunyai kuasa mengubah apa-apa kuasa jawatankuasa khas,” katanya. Sambil merujuk kepada amalan yang diguna pakai di New Zealand, Pandikar mendakwa New Zealand menolak laporan minoriti dan ia tidak diguna pakai di sana.


Azmin Ali yang membawa usul itu, kemudiaannya bangun dan mengatakan ia ada diguna pakai beberapa negara Komanwel. Sekumpulan penyokong Barisan Nasional bangun dan membuat kecoh ketika ahli Parlimen Pakatan Rakyat cuba mengemukakan hujah mengenai amalan tersebut.

Speaker yang kelihatan seperti kurang sabar dengan gelagat Ahli Parlimen kemudiaanya meluluskan laporan akhir PSC setelah majoriti Ahli Parlimen BN bersetuju. Speaker kemudiaannya membuat keputusan untuk mennaggguhkan persidangan higga pukul 10 pagi esok.

Azmin Ali ketika ditemui di lobi Parlimen berkata, tidak ada mana-mana peraturan mesyuarat yang menghalang Speaker memasukkan laporan minoriti dalam laporan terakhir PSC. “Walau pada mulanya Speaker mengaitkannya dengan beberapa amalan di New Zealand, kita juga mengemukakan amalan sama di New Zealand apabila ada satu prosiding yang berlaku pada 17 Feb 2010, amalan ini diguna pakai.

“Di Jamaica juga membenarkan laporan minoriti dibentangkan dalam Parlimen dan kita bersedia sekiraya majoriti (Parlimen) menolak minoriti itu. Tetapi Speaker tak boleh menggunakan kuasa menghalang laporan minoriti ini dibentangkan di atas meja setiap ahli Parlimen untuk dibahaskan,” katanya.


Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...