Speaker Pandirkar Amin meroyan takutkan 4 Perkara ini dibahaskan?
(Oleh: Mohd Martin Kahar)
KUALA LUMPUR 3 April: Kengganan Speker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberi ruang kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk membahaskan usul laporan minoriti PSC dilihat terlalu angkuh dan tunduk kepada Barisan Nasional.
|  | 
| Adakah ini empat perkara dalam laporan minoriti yang ditakuti oleh Speaker Dewan Rakyat? | 
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Speaker tidak mahu membincangkan laporan itu kerana ia memuatkan isu pokok iaitu daftar pemilih yang diragui tetapi tidak diberikan perhatian oleh PSC.
“Daripada awal sidang ketiga-tiga ahli jawatankuasa yang mewakili Pakatan Rakyat menegaskan keperluan mengemukakan laporan minoriti.
“Speaker menolak dengan alasan ia tidak pernah ada amalan. Kita kemukakan, dan dia baca keputusan New Zeland sebahagian dan tidak baca lengkap. Di New Zeland dibenarkan, Australia dibenarkan, Kanada, UK dan Jamaica membenarkannya,
“Dia kemudiannya tidak mahu mengulangi perbincangan. Walhal sebelum ini dia mencabar Pakatan Rakyat mengemukakan alasan amalan ini. Bila kita kemukakan dia tak mahu dengar.
“Bila Ahli Parlimen membangkitkan isu ini dia tidak hadir,. dia masuk terus gantung (Ahli Parlimen), ini jela menunjukkan keangkuhan, tidak mahu mendengar penjelasan, dan tunduk kepada tuntutan Umno semata-mata.
“Kerana saya lihat mereka engan mengesahkan laporan mjnoriti ini sebab ia menjelaskan isu pokok bahawa SPR gagal membersihkan senarai daftar pemilih,” katanya di lobi Parlimen.
Anggota PSC daripada Pakatan Rakyat pagi tadi memohon satu Laporan Minoriti dimasukkan dalam laporan akhir PSC untuk mengetengahkan lima perkara yang tidak selesai.
Tindakan ini bertujuan membolehkan apa-apa perolehan mereka sebagai anggota PSC itu turut didengari walaupun ditolak secara majoriti dalam mesyuarat PSC.
Usul itu dikemukakan oleh Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali merangkap Ahli Parlimen Gombak; Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook; dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.
PSC: Tindakan Speaker pemangkin Bersih 3.0
| Muhammad Faizal, | 03 Apr 2012 | 
KUALA LUMPUR, 3 April:  Penolakkan usul berkenaan laporan minoriti dan juga meluluskan cadangan  Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses  Pilihan Raya tanpa perbahasan merupakan pemangkin kepada perlaksanaan  himpunan Bersih 3.0.
 Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar),  Pakatan Rakyat mempunyai hujah serta bukti apabila Yang Dipertua Dewan  Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta mereka mengemukakan bukti  amalan laporan minoriti yang dilakukan di mana-mana negara Komanwel.
"Bila  Speaker meminta kita kemukakan bukti amalan mana-mana negara komanwel  yang melaksanakan laporan minoriti dalam Parlimen mereka.
"Kita  mempunyai hujah serta fakta berasaskan apa yang berlaku dalam Parlimen  di New Zealand, Australia mahupun negara-negara kecil seperti Jamaica  yang ada keutamaan tentang laporan minoriti dimasukkan atau dibahaskan  bersama dengan laporan yang dikemukakan," jelasnya.
Tambahnya  lagi, adalah tidak munasabah Pakatan Rakyat dilayan sedemikian, yang  mana hujah-hujah mereka langsung tidak mahu didengari di Parlimen.
"Saya  merasakan dengan penolakkan ini rakyat diluar sana dapat melihat  bagaimana proses penyuburan demokrasi di dalam negara ini tidak dapat  diletakkan di tempat yang adil.
"Walaupun kita menyertai PSC  serta memberi kerjasama sepenuh demi penanbahbaikan proses pilihanraya  namun apa yang berlaku hari ini telah menguburkan demokrasi negara,"  sambung beliau lagi.
Salahuddin ketika ditanya berkenaan  pembaziran yang dilakukan sepanjang tempoh enam bulan dan akhirnya  laporan tersebut diluluskan tanpa dibahas.
"Saya tidak melihat ia  sebagai satu pembaziran kerana kita telah beri kerjasama selama ini,  tetapi pada hari ini kita dapat melihat bagaimana wujudnya campurtangan  pihak eksekutif mahupun  Umno itu sendiri dalam keputusan yang dibuat.
"Kita  melihat bagaimana laporan minoriti itu ditolak sedangkan ia tidak  sepatutnya berlaku sebab kita boleh buktikan dengan amalan yang  dilakukan di parlimen-parlimen di luar negara terutamanya negara  komanwel," sambung beliau lagi.
Sebelum itu, Pandikar Amin  menolak usul yang difailkan semalam atas alasan tiada peruntukan bawah  Perintah Tetap yang memberikannya kuasa untuk mengubah laporan itu.
Tiada perkara seumpamanya, kata Pandikar memetik amalan berparlimen di New Zealand.
Penolakan  itu, menyebabkan ahli parlimen pembangkang bangun mendakwa terdapat  duluan berhubung laporan minoriti dikepilkan bersama laporan-laporan  lain, di Parlimen negara Komanwel lain.
Malah beliau juga turut  mengarahkan Azmin Ali (Gombak), R.Sivarasa (Subang) dan juga Dr  Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) keluar dari Dewan Rakyat atas tindakkan  ketiga-tiga mereka mengemukakan bukti serta hujah terhadap amalan  tersebut.
Pandikar Amin telah mengambil keputusan untuk memutuskan usul tersebut diluluskan tanpa ada perbahasan.
 
 
 

