Adakah MB Pahang ini juga ada hati nak jadi Tok Nujum? |
TEMERLOH, 23 JAN : BN Pahang yakin mampu merampas semula semua kerusi yang ditawan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Menteri besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata berdasarkan angin perubahan politik semasa, BN yakin dapat merampas semula kerusi terbabit walaupun mengakui ia sedikit sukar.
"Kerusi parlimen Kuantan sedikit sukar kerana isu Lynas tetapi Parlimen Indera Mahkota kita tidak ada masalah.
"Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semantan, Beserah juga tiada masalah, malah Triang dan Tras juga boleh kita rampas jika kita bekerja keras dan bersatu padu, kesemuanya boleh kita rampas kembali," katanya ketika berucap pada perjumpaan dengan 3,000 jentera pilihan raya Wanita BN di sini semalam.
Adnan berkata pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri yang merupakan sayap kanan parti perlu sentiasa turun padang mendekati rakyat dan mendengar serta mencari jalan membantu menyelesaikan masalah mereka.
"Kesilapan masa lampau perlu dijadikan pengajaran dan kali ini kita perlu bekerja kuat untuk menang di mana segala kelemahan perlu diatasi.
"Kita jangan persoalkan siapa calon atau komponen parti, yang pentingnya kita perlu menang dan segala janji rakyat akan kita tunaikan," ujar beliau dipetik Bernama Online.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan anggota parti supaya mengetepikan perkara remeh yang boleh menggugat keutuhan parti.
Amacam orang Pahang? Dah berani ke buat perubahan? Hampir semua peneroka felda dah berubah angin! Kes Lynas telah diakui oleh Adnan Yaakob akan membawa masalah kepada Umno Pahang! Tunggu Apa Lagi! Jom Kita Bangkit Tukar Kerajaan Pahang! Jangan percaya lagi pada janji-janji Umno Pahang!!
Undi Barisan Nasional Bawa Bencana! Undi Pakatan Rakyat Membawa Berkat!!
Bak kata Anwar Ibrahim dalam Lagu Rasmi Pakatan Rakyat: