PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Monday, 2 April 2012

Video : PSC pilihan raya gagal bersihkan daftar pemilih!!!

PSC gagal mencapai objektifnya

KUALA LUMPUR 2 April: Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) untuk memperbaiki pilihan raya gagal mencapai objektifnya walau pun bersidang selama enam bulan dan mengadakan sekurang-kurangnya enam pendengaran awam.




Dalam sidang akhbar sebentar tadi, Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali bersama Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke berkata panel itu gagal mengatasi isu-isu pokok sistem pilihan raya negara ini. Di antaranya adalah pembersihan daftar pemilih yang masih lagi gagal dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Justeru, kata Azmin, Pakatan Rakyat akan membawa usul supaya Dewan Rakyat meluluskan satu laporan minoriti dimuatkan dalam laporan akhir Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) Penambahbaikan Pilihanraya.

Menurutnya, laporan itu memuatkan isu-isu pokok yang tidak diberikan perhatian dalam PSC. “Pada mesyuarat jawatankuasa induk 28 Mac lalu, pengerusi PSC memilih topik tertentu untuk dimuatkan dalam laporan terakhir yang bukan perkara pokok bagi menjamin PRU bersih.

“Antara isu utama yang dibangkitkan adalah masalah daftar pemilih yang masih lagi tidak dibersihkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). “Oleh itu kita mengemukakan notis kepada Yang Di Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk meminda menurut peraturan mesyuarat 30 (1).

(Kita akan) bawa usul memuatkan laporan minoriti dalam laporan akhir PSC esok,” katanya di Pejabat Ketua Pembangkang di bangunan Parlimen. Azmin berkata, Pakatan Rakyat mengemukakan pelbagai bukti dalam penyata minoriti bagaimana SPR melakukan penipuan daftar pemilih.

“Ia termasuk mengemukakan bukti atas bantuan Mimos, yang mana jumlah daftar diragui menggunakan lebih satu alamat mencecah 80,000 orang,” katanya. Pagi tadi semua Ahli Parlimen menerima laporan PSC, bagaimanapun laporan itu dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat esok.


sumber

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...