PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Friday, 6 April 2012

Exco Kerajaan Selangor Cedera Ditumbuk Oleh Peniaga Haram!!!


SERI KEMBANGAN – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah cedera ditumbuk, dipercayai oleh dua lelaki selepas selesai makan di sebuah restoran di Jalan Sekolah Kampung Baru sini, awal pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 pagi, difahamkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan itu mengenali lelaki yang menumbuknya dan insiden berpunca daripada rasa tidak puas hati dengan tindakan kerajaan Selangor memindahkan peniaga-peniaga pasar Seri Kembangan.

Difahamkan, peniaga berkenaan dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan Kerajaan Negeri dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memindahkan penjaja haram pasar lama Seri Kembangan yang  ditempatkan semula di pasar rakyat Jalan SK  6/1.

Insiden yang berlaku di hadapan 20 ahli jawatankuasa DAP Seri Kembangan dan beberapa pelanggan restoran itu dikatakan terlalu pantas, dan dipercaya telah dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) premis makanan berkenaan.
Menurut wakil rakyat itu, kejadian berlaku kira-kira jam 12.10 pagi ketika beliau baru selesai menghadiri perbincangan dan makan malam di restoran Jalan Sekolah, Kampung Baru Seri Kembangan.
Menurutnya, apabila hendak keluar dari restoran, dua lelaki terbabit menghampirinya dan terus memarahi serta bercakap dengan nada kasar.
“Seorang daripada lelaki itu terus menerpa ke arah saya dan memukul bahagian kiri wajah menggunakan tangan, dia turut memukul dan menarik tangan saya.
“Sebelum beredar, rakan peniaga berkenaan turut mengugut mengancam nyawa saya. Sebaik kejadian, kedua-duanya terus melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang diletakkan di luar restoran,” katanya yang membuat laporan  di Balai Polis Seri Kembangan setengah jam selepas kejadian.

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...