Ia berikutan pengumuman Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil untuk melepaskan jawatannya dalam kabinet apabila tempoh perkhidmatannya sebagai senator untuk penggal pertama tamat pada 8 April berikutan kes National Feedlot Corporation yang melibatkan keluarganya.
Najib mengumumkan perkara itu pada satu majlis di Temerloh, Pahang hari ini, lapor Bernama.
Pengumuman itu sekali gus menghentikan spekulasi berhubung pengganti ke jawatan itu apabila ketua Wanita Umno Selangor Datuk Raja Ropiaah sebelum ini diwar-warkan mengisinya ekoran lantikannya sebagai senator baru.
Raja Ropiaah bagaimanapun sejak awal menyifatkan perkara itu "cakap-cakap orang" yang dibuat kerana beliau satu-satunya pemimpin baru dilantik sebagai senator.
Ia juga atas anggapan bahawa kerusi kementerian itu sebagai 'kuota' untuk Wanita Umno.
"Orang buat cerita... Jangan buat cerita yang tidak betul. Orang boleh cakap macam-macam," katanya ketika dihubungi Malaysikinisemalam.
"Kalau dilantik menjadi Senator Isnin ini, saya akan menjalankan kerja-kerja sebagai senator dengan baik. Dan saya tak mahu cakap lebih daripada itu."
Raja Ropiaah antara pemimpin Wanita negeri yang terkedepan mempertahankan Shahrizat selepas bosnya itu didesak supaya turut melepaskan jawatan ketua Wanita oleh naib ketua Datuk Kamilia Ibrahim.
Sebelum ini, sumber pergerakan itu memberitahu, berdasarkan pertemuan exco dan ketua-ketua Wanita Umno negeri selepas Shahrizat memutuskan berundur, ramai mahukan Najib atau timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin memangku kementerian itu.
Malaysiakini
Malaysiakini