KUALA LUMPUR 3 April: Aktivis mahasiswa, Adam Adli Abd Halim hari ini dipukul sekumpulan lelaki ketika hadir memberi sokongan kepada 34 keluarga penghuni Flat Kg Kerinchi yang diarah mengosongkan kediaman mereka hari ini.
Kejadian bermula sewaktu pihak berkuasa mula bertindak memecahkan pintu rumah yang sudah dikosongkan di tingkat 3 dan Adam Adli dilaporkan turut berada di tingkat itu. Pada masa sama, kumpulan lelaki itu yang dipercayai samseng setempat berada di bawah flat dan menjerit memaki-maki beliau.
Sebaik turun, beliau diserbu dan ditumbuk di bahagian mata sebelum dileraikan polis. Beliau dipukul sekali lagi ketika cuba menyelamatkan diri di perkarangan flat tersebut.
Beliau kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Pantai Baharu berkenaan insiden itu.
Selain Adam Adli, turut hadir pagi tadi adalah Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia, Muhammad Safwan Anang dan Setiausaha Aksi Mahasiswa Peduli, Ekhsan Bukhoree. Ekhsan turut ditahan polis, namun dibebaskan beberapa jam kemudian.
sumber
sumber
anjlinabatra · 231 weeks ago