PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Thursday, 20 October 2011

Disogok 200k atau memang benar anak Lim Guan Eng difitnah?


Hanya kerana ketagihkan kuasa yang melampau, beberapa pemimpin dan blogger pro-UMNO sanggup menggunakan fitnah jijik dan tidak bertamadun untuk memusnahkan kehidupan pemimpin Pakatan Rakyat. Dalam kes terbaru, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menjadi mangsa oleh para pemimpin dan blogger UMNO yang bersifat kebinatangan apabila anak lelakinya yang berusia 16 tahun difitnah kononnya telah mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan.
“Jika anda mahu memusnahkan karier saya, lakukanlah terhadap saya sahaja, tetapi jangan heret anak saya yang tidak berdosa itu. Ahli-ahli politik UMNO juga mempunyai anak dan DAP tidak pernah menyerang anak-anak mereka dan tidak bercadang untuk berbuat demikian. Dalam zaman moden ini, adalah sangat sukar bagi anak-anak muda yang membesar, terutamanya apabila ayahnya merupakan seorang Ketua Menteri yang setiap hari menjadi sasaran media pro-Barisan Nasional,” kata Guan Eng.

Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Air Puteh berkata demikian sebagai respon terhadap kenyatan beberapa pemimpin UMNO dan blogger yang menyebarkan fitnah tentang anaknya yang berpindah sekolah kerana kononnya meramas buah dada seorang pelajar.
“Anak saya telah ditukarkan ke Sekolah St Xavier di Pulau Pinang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Cina Heng Yee kerana saya telah berjanji kepadanya bahawa dia boleh berpindah sekolah mengikut pilihannya jika mendapat memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 6A dalam PMR. Apabila dia berjaya mendapat keputusan itu, dia telah dipindahkan pada awal penggal persekolahan tahun ini iaitu pada bulan Januari 2011. Anak saya juga mahu pergi ke St Xavier kerana dia tidak mahu rambutnya dipotong menjadi crew cut (seperti rekrut askar) yang diwajibkan terhadap pelajar-pelajar di Heng Yee,” tambahnya.

Anya Sun Corke
Sementara itu, setiausaha publisiti DAP kebangsaan, Tony Pua mendedahkan bahawa blog-blog pro-UMNO yang menuduh anak Guan Eng melakukan kesalahan itu telah memuatkan gambar palsu, iaitu gambar wanita asing, Anya Sun Corke (gambar) berumur 21 tahun, untuk dikaitkan dengan anak Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut.

Gambar wanita itu yang dikatakan sebagai pemain catur Britain telah diubah suai daripada sebuah laman web catur. Sebelum ini, Guan Eng sendiri menjadi mangsa fitnah apabila gambar-gambarnya diubah suai dengan niat fitnah untuk menimbulkan kemarahan orang Melayu terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang, Pakatan Rakyat dan DAP.

Skandal raba anak Lim Guan Eng
“Ini membuktikan segala tuduhan pecacai UMNO itu hanyalah fitnah dan pembohongan yang tidak bertamadun. Mereka cuba memfitnah anak sekolah berusia 16 tahun semata-mata kerana mahu memalukan Guan Eng dan keluarga dengan cerita bohong pencabulan yang tidak berlaku sama sekali,” ujar Pua.

Menurutnya, ia juga bukti betapa rendah tahap minda blogger and pemimpin UMNO yang terlibat dalam penyebaran fitnah itu yang memalukan diri serta menjatuhkan maruah mereka sendiri.

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...