Azmi Abdul Hamid berucap pada Himpunan Sejuta Umat di Shah Alam. — Foto oleh Choo Choy May
SHAH ALAM, 22 Okt — Peruntukan untuk melindungi sensitiviti agama dan kedudukan istimewa Islam perlu dijadikan sebahagian daripada undang-undang baru yang akan digubal bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri, gesa Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) hari ini. Pengerusi bersamanya Mohd Azmi Abdul Hamid menekankan bahawa peruntukan itu perlu disepadukan dalam dua undang-undang baru, yang dijangka akan digubal tahun depan, bagi memastikan keharmonian agama dan kaum di Malaysia dipertahankan.
Malah kata beliau, enakmen peringkat negeri untuk mencegah kes-kes murtad di kalangan Muslim tidak mencukupi dan perlu diperbaiki.
Sehubungan itu beliau menggesa pihak berkuasa agama Islam agar melihat kes-kes murtad dengan lebih serius.
“Kami merasakan tidak cukup. Kita tidak serius dalam mengadakan penguatkuasaan,” kata beliau kepada pemberita selepas menutup gerakan Himpun di Stadium Shah Alam di sini.
Sambil tidak menafikan bahawa ada kelemahan dalam pengagihan duit zakat, Azmi berkata, ia tidak bermakna agama-agama lain mengambilnya sebagai peluang untuk menyebarkan kepercayaan mereka ke atas Muslim.
“Kesemua agensi ada kelemahan, bukan hanya agensi agama. Tetapi ada pihak mengambil peluang dengan kelemahan,” katanya.
“Ia tidak betul,” katanya.
Bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan dua undang-undang termasuk ISA akan dimansuhkan. Ia akan digantikan dengan dua akta baru, dijangka tahun depan.
________________________________________________
Kami juga mendesak supaya diwujudkan Akta Khas bagi menggantikan ISA yang akan dimansuhkan tidak lama lagi bagi menangani masalah seperti yang terjadi dalam kes Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri lwn Jamaludin @ Yeshua Jamaludin bin Othman, Mahkamah Agung (ketika itu) yang memutuskan bahawa ISA tidak boleh digunakan bagi membendung kegiatan penyebaran agama Kristian di kalangan orang Melayu. Menurut mahkamah, kebebasan seseorang individu untuk menganut dan mengamalkan agamanya yang dilindungi oleh Perlembagaan tidak boleh dihalang melalui ISA.
_________________________________________________
anjlinabatra · 232 weeks ago