PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Friday, 21 October 2011

Petikan Khas dari NGO Badan Berkebajikan Jingga 13 tentang Perhimpunan Sejuta Umat


Kami dari Jingga13 ingin membuat kenyataan mengenai Himpunan Sejuta Umat yang akan diadakan pada hari Sabtu ini.Kami menyokong tindakan Parti Keadilan Rakyat bersama Parti Islam Semalaysia (PAS) untuk tidak menyokong perhimpunan ini atas beberapa sebab. Antaranya.. Penghimpunan ini dianjurkan oleh pihak pro-kerajaan, dimana tujuannya adalah untuk mengumpul seberapa ramai umat ISLAM supaya berhimpun mendesak pihak kerajaan untuk mendepani isu murtad dan agenda kristianisasi.



Jika diambilkira dari bilangan umat Islam yang telah murtad di Malaysia, Memanglah menakutkan Tetapi ianya adalah disebabkan oleh perlembagaan Malaysia (mengaku sebagai sebuah negara ISLAM) dibawah Perkara 4 menyatakan: ‘Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syarak’.

Perkara 12 (4) menyebutkan dengan jelas tentang larangan perpindahan agama bagi yang berumur 18 tahun ke bawah tetapi tidak bagi 18 tahun ke atas.

“Bagi maksud fasal (3) agama bagi seseorang yang berumur kurang daripada lapan belas tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya.”.

Ini membuktikan bahawa kita sebagai rakyat Malaysia boleh menukar agama selepas kita berumur 18 tahun (kononnya atas dasar kebebasan manusia) tanpa mengambilkira hukum yang telah ditetapkan oleh Allah swt didalam Al-Quran yang mengatakan sesiapa yang keluar dari agama Islam dan menganut agama lain wajib dihukum bunuh!

Firman Allah SWT:

قُلْ للذينَ كفروا إن ينتَهُوا يُغفَرْ لهم ما قد سلَفَ وإن يَعودُوا فقدْ مضتْ سنَّةُ الأولينَ. وقاتِلُوهمْ حتى لا تكونَ فتنةٌ ويكونَ الدينُ كلُّه لله.
Ertinya : Katakanlah kepada orang-orang yang kafir itu : " Jika mereka berhenti dari kekafirannya, nescaya Allah akan mengampuni mereka tentang dosa-dosa mereka yang lampau, dan jika mereka kembali lagi kafir (murtad) sesungguhnya akan berlaku sunnah Allah terhadap sebagaimana orang-orang terdahulu; Perangilah mereka supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu untuk Allah semata-mata " ( Al-Anfaal : 38-39 ).

Sabda Nabi Muhammad SAW juga :

من بدل دينه فاقتلوه.
Ertinya: Dari Ibnu Abbas ra : Sesiapa yang menukar agamanya (Islam) maka hendaklah kamu membunuhnya" ( Riwayat Bukhari 2/280; Abu Daud (4351); Tirmizi 145 ; Nasaie, 7/104 dan Ahmad , 1/282).

Sabda Nabi Muhammad SAW juga :

" لا يحل دم امرئ مسلم يشهد أن لا إله إلا الله، وأني رسول الله إلا بإحدى ثلاث: النفس بالنفس، والثيب الزاني، والتارك لدينه، المفارق للجماعة" (رواه الجماعة).
Ertinya : " Tidak halal darah Muslim yang bersaksi Tiada Tuhan melainkan Allah dan Aku sebagai Rasulullah kecuali ia melakukan mana-mana salah satu dari tiga perkara iaitu membunuh nyawa, janda yang berzina yang (penzina muhson) dan orang memisahkan dirinya dari agamanya lalu meninggalkan jemaah" ( Al-Bukhari, 6/2521 ;Muslim 3/1032 ; Abu Daud, Tirmizi, Ahmad, Ibn Hibban, Al-Hakim, Al-Baihaqi dan lain-lain ).

Dalam riwayat lain dari Uthman bin Affan ra :

"..... رجل كفر بعد إسلامه، أو زنى بعد إحصانه، أو قتل نفسًا بغير نفس" (رواه الترمذي وحسنه والنسائي وابن ماجة، وقد صح هذا المعنى من رواية ابن عباس أيضًا وأبي هريرة وأنس)،.
Ertinya : " Tidak halal darah Muslim yang bersaksi Tiada Tuhan melainkan Allah dan aku sebagai Rasulullah kecuali seorang lelaki yang kufur (murtad) selepas Islamnya, atau berzina selepas berkahwin atau membunuh seseorang" ( Riwayat At-Tirmidzi : At-tirmizi : hasan).

Mengapakah ini tidak berlaku? Adakah dengan menghimpunkan sejuta umat ISLAM bagi mendesak pihak kerajaan untuk mendepani isu murtad dan agenda kristianisasi ini akan berjaya tanpa penggubalan perlembagaan Malaysia dan tanpa perlaksanaan Hukum ALLAH SWT iaitu HUKUM HUDUDULLAH?

Firman Allah SWT: "Maka demi Tuhanmu mereka (pada hakikatnya) tidaklah beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim (al-An'am:57).

"Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang kafir" (al-Maidah: 44).

"Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang zalim" (al-Maidah:45).

"Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang fasiq" (al-Maidah:47).

"Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik dari hukum Allah bagi orang-orang yang yakin?" (al-Maidah:50).

Berdasarkan ayat-ayat Allah SWT diatas, bagi kami dari NGO JINGGA13 adalah lebih penting untuk umat ISLAM mendesak KERAJAAN MALAYSIA supaya perlembagaan Malaysia digubal bagi membenarkan Hukum HUDUD ALLAH SWT dilaksanakan di negara ISLAM yang bernama MALAYSIA ini.

Kami juga mendesak supaya diwujudkan Akta Khas bagi menggantikan ISA yang akan dimansuhkan tidak lama lagi bagi menangani masalah seperti yang terjadi dalam kes Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri lwn Jamaludin @ Yeshua Jamaludin bin Othman, Mahkamah Agung (ketika itu) yang memutuskan bahawa ISA tidak boleh digunakan bagi membendung kegiatan penyebaran agama Kristian di kalangan orang Melayu. Menurut mahkamah, kebebasan seseorang individu untuk menganut dan mengamalkan agamanya yang dilindungi oleh Perlembagaan tidak boleh dihalang melalui ISA.

Kami tidak menentang penghimpunan ini tetapi kami mendapati mereka datang dengan tujuan berhimpun agar dapat menunjukkan kekuatan dan menjadi umat yang agung. (http://himpun.org/sidang-media-unit-belia-mahasiswa-himpun#more-457).

Adakah dengan berhimpun dapat menunjukkan kekuatan kita sebagai umat ISLAM dan boleh menjadi umat yang teragung tanpa melaksanakan hukum Allah SWT yakni hukum HUDUDDULLAH? Sama-sama kita fikirkan...

Yang Benar

Komrad Demi Rakyat.
Setiausaha Tugas-Tugas Khas.
Sekretariat JINGGA13

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...