
KUALA LUMPUR, 20 Okt - Seperti yang dijangka, akibat beberapa kenyataan beliau yangsukar diterima oleh kerajaan UMNO BN sekarang maka akhirnya pakar perlembagaan dan Pensyarah Undang-UndangUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari (foto) digantung tugas dan dilarang menjejaki universiti terbabit hari ini.
Notis tersebut telah dikeluarkan kepadanya olehUnit Undang-Undang UIAM sendiri. Pensyarah paling kanan diFakulti Undang-Undang itu digantung bergaji sehingga notis selanjutnya dikeluarkan. Selain itu, difahamkan Aziz juga tidak dibenarkan memasuki pejabatnya di kampus Gombak ekoran kad aksesnya harus dipulangkan kepada pentadbiran universiti. Difahamkan penggantungannya itu akan menjejaskan lebih 100 pelajarnya daripada daripada peringkat Sarjana Muda hingga ke Doktor Falsafah (PhD).
Aziz berkhidmat dengan UIAM sejak 22 tahun lalu. Sementara itu, dalam surat tunjuk sebab yang diserahkan tangan kepada Aziz, beliau dituduh"memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti". Aziz diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya. Aziz dalam masa yang sama disiasat polis danSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubungreaksinya kepada titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan sebuah gereja di Petaling Jaya.
Selepas dikritik pelbagai pihak, Aziz kemudian menjelaskan Akta Hasutan 1948 memperuntukan tidak menjadi kesalahan mengkritik Raja-Raja Melayu selagi tidak tuntut pemansuhan institusi tersebut.
Apabila tindakan ini dilakukan, ia dapat menjejaskan pelajaran lebih 100 opelajar disitu. Apakah yang disebaliknya, apakah yang sedang berlaku? Rezeki seorang pensyarah dugantung hanya kerana perbezaan ideologi, 100 pelajar tergendala dalam pelajaran dek kerana politik. Apakah semua komponen parti PAS,PKR n DAP bukan sebahagian daripada Malaysia?
anjlinabatra · 232 weeks ago