PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Friday, 21 October 2011

MCA tidak setuju dengan perhimpunan yang boleh merenggangkan Islam dan Kristian


SERI KEMBANGAN (Selangor): Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA) Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, menggesa penganjur Himpunan Sejuta Umat (Himpun) agar membatalkan kempen terhadap Kristian, yang didakwa mencabar akidah umat Islam demi mengelakkan ketegangan agama.

Himpun mendakwa pihaknya telah mendapat sokongan lebih 2,000 pertubuhan bukan kerajaan dan yakin dapat menghimpunkan lebih 100,000 peserta di Stadium Shah Alam, esok.'Sama ada ia harus diteruskan ataupun sebaliknya, saya fikir polis tahu apa yang hendak dilakukan tetapi secara peribadi saya merasakan tidak harus ada sebarang perhimpunan (seumpama itu),' kata Dr Chua kelmarin.


'Kita harus mengurangkan sebarang bentuk aktiviti agama yang akan menyumbang kepada perasaan sangsi antara pelbagai kaum di negara ini,' kata beliau.Dr Chua berkata setiap orang menerima hakikat bahawa Malaysia merupakan negara pelbagai kaum dan kepelbagaian dalam pandangan.

'Dan, jika kita tidak boleh menerima yang itu dan selalu mahu mengenakan kepercayaan (kita) ke atas orang lain, akan sentiasa ada ketegangan,' katanya.Sebelum ini, laman berita The Malaysian Insider melaporkan pemimpin-pemimpin Kristian menganggap perjuangan Himpun, yang mahu membincangkan isu khusus mengenai murtad, sebagai perhimpunan yang tidak relevan dan berharap kumpulan itu tidak akan memprovokasi ketegangan agama.

Pemimpin-pemimpin itu mengingatkan penganjur bahawa tindakan mereka boleh mencetuskan suasana tidak selesa antara komuniti berlainan agama, sekali gus merenggang hubungan masyarakat Muslim dan Kristian dan menjejaskan usaha diambil kerajaan dan pemimpin-pemimpin agama bagi mempromosikan persefahaman dan keharmonian.Sementara itu, akhbar Berita Harian Malaysia (BHM) semalam melaporkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan menyertai himpunan berkenaan.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata keputusan itu dibuat selepas mengadakan mesyuarat dan semua anggota pembangkang sebulat suara mendapati ia tidak akan memberi hasil yang positif kepada parti berkenaan.PKR bimbang penyertaannya dalam Himpun kelak akan dipergunakan dan diperalatkan oleh pihak tertentu, terutama daripada beberapa parti politik arus perdana, katanya pada sidang media di lobi Parlimen, kelmarin.



Datuk Seri Anwar, yang juga Ketua Pembangkang berkata, Parti Islam SeMalaysia (PAS) turut mengikut langkah PKR dengan tidak menyertai himpunan itu.PKR tidak mahu menimbulkan kegelisahan dan kecurigaan di antara agama dan kaum lain akibat penyertaannya dalam perhimpunan itu.

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...