Dari Rakyat! Kepada Rakyat! Untuk Rakyat! | email us : rakyatmalaysia57@gmail.com
Saturday, 22 October 2011
Semua Tokoh Akademik Menyokong Penuh Prof Aziz Bari...Siapa Yang tak mau Sokong??
KUALA LUMPUR: Tokoh-tokoh akademik daripada universiti tertua di Malaysia kelmarin memberi sokongan mereka kepada Profesor Dr Abdul Aziz Bari (gambar), sambil menggesa pihak-pihak berkenaan supaya menamatkan satu 'pencemaran melampau' terhadap kebebasan akademik.
Siasatan polis serta langkah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menggantung Dr Abdul Aziz harus digugurkan segera, kata Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) dalam kenyataannya.Ia juga mempertahan kenyataan Dr Abdul Aziz yang mengkritik tindakan Sultan Selangor sambil berkata 'satu kritikan terhadap Raja adalah sah jika ia bertujuan menunjukkan secara membina bahawa Raja berkenaan tersilap'.Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, baru-baru ini berkata bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah menemui bukti berlakunya usaha menarik penganut baru oleh sekumpulan bukan Islam dalam majlis makan malam yang diadakan di Gereja Methodhist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu, tetapi menambah ia tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang lanjutan.
Berikutan kenyataan Dr Abdul Aziz bahawa campur tangan diraja itu agak 'luar biasa dan tidak konsisten' serta seharusnya dilakukan sejajar dengan ajaran Islam, beberapa ahli parlimen (AP) Barisan Nasional (BN) menggesa agar tindakan diambil terhadap pensyarah undang-undang di UIAM itu.
Walaupun laporan polis dibuat terhadap Dr Abdul Aziz, ahli akademik yang lantang itu memutuskan beliau tidak akan meminta maaf atas kenyataannya sambil menegaskan beliau tidak bermaksud mencabar Sultan Selangor.'Dalam kes Profesor Aziz, apa yang beliau lakukan hanya mengusulkan bahawa seorang Raja telah bertindak di luar batasan Perlembagaan. Ini satu komen sah tanpa sebarang kenyataan, secara langsung atau tersirat, dibuat untuk menghasut kebencian terhadap Raja itu,' kata Presiden PKAUM, Profesor Madya Dr Azmi Sharom, kelmarin.
Ahli akademik undang-undang itu berkata tindakan yang diambil polis dan UIAM terhadap Dr Abdul Aziz itu hanya 'menanam rasa takut' dalam kalangan masyarakat akademik dan menghalang kemajuan keupayaan intelektual di Malaysia.Sementara itu, kira-kira 700 mahasiswa UIAM semalam mengadakan bantahan sebagai menunjukkan sokongan kepada Dr Abdul Aziz, sambil melaungkan slogan. Bantahan mereka diperhatikan oleh polis.
Mereka juga meminta rektor universiti itu, Profesor Datuk Dr Zaleha Kamaruddin, agar UIAM segera menggugurkan penggantungan Dr Abdul Aziz.Mereka berkata bantahan itu perlu bagi 'membaiki' imej universiti berkenaan sebagai sebuah institusi akademik yang dihormati. -- Agensi.
Comment (1)

Sort by: Date Rating Last Activity
Loading comments...
Comments by IntenseDebate
Posting anonymously.
Labels:
Pemuda UMNO,
Prof Aziz Bari,
UIAM,
UMNO
Rakan Facebook Jingga 13
Blog Archive
-
►
2013
(76)
- ► 19 May - 26 May (2)
- ► 28 April - 5 May (1)
- ► 21 April - 28 April (3)
- ► 14 April - 21 April (12)
- ► 7 April - 14 April (12)
- ► 31 March - 7 April (20)
- ► 24 March - 31 March (26)
-
►
2012
(432)
- ► 29 July - 5 August (1)
- ► 10 June - 17 June (1)
- ► 3 June - 10 June (6)
- ► 27 May - 3 June (8)
- ► 20 May - 27 May (11)
- ► 13 May - 20 May (19)
- ► 6 May - 13 May (23)
- ► 29 April - 6 May (24)
- ► 22 April - 29 April (22)
- ► 15 April - 22 April (22)
- ► 8 April - 15 April (18)
- ► 1 April - 8 April (32)
- ► 25 March - 1 April (19)
- ► 18 March - 25 March (19)
- ► 11 March - 18 March (20)
- ► 4 March - 11 March (12)
- ► 26 February - 4 March (17)
- ► 29 January - 5 February (30)
- ► 22 January - 29 January (27)
- ► 1 January - 8 January (21)
-
▼
2011
(223)
- ► 25 December - 1 January (16)
- ► 30 October - 6 November (35)
- ► 23 October - 30 October (17)
-
▼
16 October - 23 October
(32)
- HIMPUN Tiru Jingga 13
- Melayukah Anda?
- Kerana nak buang sihir, aku dirogol
- Muhyiddin- Rakyat benci pakatan rakyat di Selangor
- Semua Tokoh Akademik Menyokong Penuh Prof Aziz Bar...
- Video Mahathir Mengajak Pemuda/Puteri UMNO menderh...
- Orang Islam dilarang bersolat, perintah Siapa?
- MCA tidak setuju dengan perhimpunan yang boleh mer...
- Sekitar gambar mahasiswa menyokong Prof Aziz Bari
- Petikan Khas dari NGO Badan Berkebajikan Jingga 13...
- Justice for Aziz Bari
- Syarikat Kroni UMNO dapat projek 700 Juta - 900 Ju...
- Gadis Hilang ketika berhibur di gunung Sindoro
- Kedai Rakyat 1Malaysia, very cheap
- Timbalan menteri pengajian tinggi Sedih diatas kej...
- Video Remaja ,keruntuhan akhlak
- Latest Update about Gaddafi
- Gaddafi mati disebabkan cedera parah
- Terkini(video),Gaddafi terbunuh
- Disogok 200k atau memang benar anak Lim Guan Eng d...
- Keluarga Mangsa cabul anak lim guan eng disogok 20...
- ISA terus relevan di Singapura
- Prof Aziz Bari digantung tugas
- Papa Gomo akan disaman akibat fitnah terhadap Anya...
- Peranan Media menjadi tunggak utama perhubungan an...
- Politik : Anwar Ibrahim menyambut baik untuk berde...
- Pemandu Teksi jadi Mumia
- Puteri bongsu Raja Jawa nikahi lelaki biasa
- Wanita terbunuh dalam 'rempuhan' kelab malam di No...
- Warga Singapura Kehilangan Motosikal di Johor Bharu
- Kolej Swasta di Malaysia dikatakan ''Beri Perlindu...
- Amaran Ke Atas Akaun GMail, Digodam dengan Google
anjlinabatra · 232 weeks ago