PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Wednesday, 19 October 2011

Warga Singapura Kehilangan Motosikal di Johor Bharu


Singapura,19 Oktober 2011 : KETIKA Encik Mohamad Haron Hassan sedang menjamu selera bersama isterinya di pasar raya Tesco di Tebrau City, Johor Bahru, Sabtu lalu, beliau tidak sedap hati.
Sejurus menghabiskan makanan, beliau bergegas ke kawasan letak motosikal tempat beliau meletakkan motosikalnya, sementara isterinya berbelanja barang dapur di pasar raya tersebut.
Alangkah terperanjatnya Encik Haron, 55 tahun, seorang drebar, apabila beliau mendapati motosikal berjenama Honda CB 400 miliknya hilang.
'Macam nak pitam saya dibuatnya apabila sedar motosikal saya hilang,' ujar Encik Haron, yang berbelanja di Johor dua kali sebulan.Encik Haron dan isterinya telah singgah ke pasar raya itu selepas menziarahi saudaranya di Ulu Tiram.
Menurutnya, beliau telah meninggalkan motosikal yang dibelinya lapan tahun lalu itu di tempat letak motosikal terbuka bersebelahan bangunan pasar raya itu sekitar 3 petang. Ada sebuah kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan itu.
'Apabila saya melihat rakaman CCTV di bilik pengawal keselamatan, saya nampak ada seorang lelaki muda dalam lingkungan usia awal 20-an tahun, menunggang motosikal saya keluar dari tempat itu pada 3.35 petang,' jelas Encik Haron yang tiba di tempat letak motosikal itu pada 3.40 petang selepas makan bersama isterinya.Namun, tambahnya, rakaman CCTV itu kurang jelas dan beliau tidak dapat melihat bagaimana motosikalnya boleh dilarikan.
Selepas membuat kenyataan pada ketua pegawai keselamatan pasar raya itu Encik Haron dan isterinya menaiki teksi ke Balai Polis Setia Indah membuat laporan.Di situ, beliau bertemu dengan seorang warga Malaysia yang motosikalnya turut dicuri pada hari dan tempat yang sama, selang dua jam sebelum motosikal Encik Haron dicuri.Encik Haron juga membuat laporan di Pusat Polis Kejiranan (NPC) Yishun North sejurus pulang ke Singapura sekitar 10 malam dengan menaiki teksi.
Berita Harian kelmarin melaporkan seorang wanita warga Singapura berusia 55 tahun menjadi mangsa rompakan di Johor Bahru baru-baru ini.Ini meskipun Polis Johor Jumaat lalu mendedahkan bahawa kadar jenayah di Johor mencatatkan penurunan paling besar tahun lalu dan tiada kes yang didapati tertumpu kepada warga Singapura.
Bagi Encik Haron, yang menunggang motosikal sejak tahun 70-an, peristiwa itu tidak membuatnya serik terus berbelanja di Seberang Tambak.'Ada risiko-risikonya dan saya perlu lebih berwaspada lain kali,' keluhnya.

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...