DENGKIL, 22 Okt — Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata beliau sudah melihat “gelombang biru” di Selangor yang menunjukkan keinginan semula rakyat kepada pentadbiran Barisan Nasional (BN).
“Gelombang itu sudah nampak berlaku di seluruh Selangor. Ada kesedaran baru kerana mereka tahu mereka sudah bagi peluang kepada pakatan selama tiga tahun, (tapi) banyak masalah berlaku,” katanya, merujuk kepada kerajaan gabungan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS di Selangor.
Berucap pada majlis Sarapan Pagi 1Malaysia Bersama Rakyat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Dengkil di sini, Timbalan Perdana Menteri berkata ramai rakyat Selangor merungut tentang ketidakpekaan pimpinan kerajaan negeri dalam memahami naluri dan keinginan serta kebajikan mereka.
“Ramai rakyat Selangor termasuk peniaga berjumpa saya dan tanya bila pilihan raya... Mereka kata mereka tidak tahan lagi dengan (kerajaan) Pakatan; susah mahu berniaga, susah mahu hidup. 'Bila pilihan raya saya mahu pangkah BN'. Itu kenyataan yang mereka buat,” katanya.
Muhyiddin (gambar) yang turun padang mendekati rakyat merentasi beberapa daerah di Selangor hari ini, berkata berbekalkan pengalaman lebih 50 tahun, BN diyakini mampu membawa Malaysia ke tahap pencapaian lebih tinggi selaras dengan aspirasi rakyat.
Dipetik laporan Bernama Online, Muhyiddin berkata kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang rancak melaksanakan pelbagai pelan pembangunan bagi memastikan setiap rakyat dapat menjalani kehidupan selesa, aman dan sejahtera, sebagaimana ditekankan dalam Belanjawan 2012.
Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan Selangor dilihat tidak mengutamakan kepentingan dan kebajikan rakyat, seperti yang berlaku dalam isu pengurusan bekalan air di negeri berkenaan.
“Yang penting bukan soal kerajaan negeri nak berniaga dan mendapat keuntungan; yang penting ialah nasib rakyat kita di Selangor dan Wilayah (Persekutuan), hampir lima juta rakyat akan menanggung kesusahan nanti,” kata Muhyiddin.
Beliau menggesa parti komponen BN supaya terus membantu rakyat Selangor dan sekaligus memastikan kemenangan BN pada pilihan raya umum nanti.
Muhyiddin turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM111,000 kepada 37 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan di kawasan Parlimen Sepang serta sumbangan Deepavali kepada 1,300 penduduk.
Peruntukan RM100,000 akan disediakan untuk membaik pulih bangunan sekolah SJKC Dengkil, katanya.
Berucap pada pertemuan dengan warga pendidik sekolah agama di Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat di Banting, Muhyiddin berkata mereka perlu mengambil pendekatan baru ke arah melahirkan modal insan berakhlak, kreatif, produktif dan inovatif selaras dengan keperluan Model Baru Ekonomi negara.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata pihaknya sanggup memberi latihan kepada guru agama khususnya dalam kaedah pengajaran terbaru.
“Mungkin sudah berkesan (kaedah pengajaran sekarang) tetapi jika kita tidak mengambil kira teknologi, tak ambil kira persaingan dan masih lagi ambil pendekatan lama, tentu kita takkan menjana sumber manusia yang diperlukan untuk bersaing di peringkat dunia,” katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata mungkin ada yang berpendapat tumpuan pembangunan ekonomi negara adalah hanya untuk kehidupan di dunia, tetapi sebenarnya pembangunan dalam konteks Islam mencakupi kehidupan dunia dan akhirat.
“Hendak kata kita berlebih-lebih sangat tidak juga, sebab ia selaras dengan tuntutan fardhu ain untuk diri kita dan fardhu kifayah untuk masyarakat termasuk yang bukan Islam,” katanya.
Muhyiddin berkata rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana dapat hidup dalam keadaan aman tanpa peperangan seperti di sesetengah negara lain.
Dari Rakyat! Kepada Rakyat! Untuk Rakyat! | email us : rakyatmalaysia57@gmail.com
Saturday, 22 October 2011
Muhyiddin- Rakyat benci pakatan rakyat di Selangor
Comment (1)

Sort by: Date Rating Last Activity
Loading comments...
Comments by IntenseDebate
Posting anonymously.
Labels:
Muhyiddin Yassin,
UMNO
Rakan Facebook Jingga 13
Blog Archive
-
►
2013
(76)
- ► 19 May - 26 May (2)
- ► 28 April - 5 May (1)
- ► 21 April - 28 April (3)
- ► 14 April - 21 April (12)
- ► 7 April - 14 April (12)
- ► 31 March - 7 April (20)
- ► 24 March - 31 March (26)
-
►
2012
(432)
- ► 29 July - 5 August (1)
- ► 10 June - 17 June (1)
- ► 3 June - 10 June (6)
- ► 27 May - 3 June (8)
- ► 20 May - 27 May (11)
- ► 13 May - 20 May (19)
- ► 6 May - 13 May (23)
- ► 29 April - 6 May (24)
- ► 22 April - 29 April (22)
- ► 15 April - 22 April (22)
- ► 8 April - 15 April (18)
- ► 1 April - 8 April (32)
- ► 25 March - 1 April (19)
- ► 18 March - 25 March (19)
- ► 11 March - 18 March (20)
- ► 4 March - 11 March (12)
- ► 26 February - 4 March (17)
- ► 29 January - 5 February (30)
- ► 22 January - 29 January (27)
- ► 1 January - 8 January (21)
-
▼
2011
(223)
- ► 25 December - 1 January (16)
- ► 30 October - 6 November (35)
- ► 23 October - 30 October (17)
-
▼
16 October - 23 October
(32)
- HIMPUN Tiru Jingga 13
- Melayukah Anda?
- Kerana nak buang sihir, aku dirogol
- Muhyiddin- Rakyat benci pakatan rakyat di Selangor
- Semua Tokoh Akademik Menyokong Penuh Prof Aziz Bar...
- Video Mahathir Mengajak Pemuda/Puteri UMNO menderh...
- Orang Islam dilarang bersolat, perintah Siapa?
- MCA tidak setuju dengan perhimpunan yang boleh mer...
- Sekitar gambar mahasiswa menyokong Prof Aziz Bari
- Petikan Khas dari NGO Badan Berkebajikan Jingga 13...
- Justice for Aziz Bari
- Syarikat Kroni UMNO dapat projek 700 Juta - 900 Ju...
- Gadis Hilang ketika berhibur di gunung Sindoro
- Kedai Rakyat 1Malaysia, very cheap
- Timbalan menteri pengajian tinggi Sedih diatas kej...
- Video Remaja ,keruntuhan akhlak
- Latest Update about Gaddafi
- Gaddafi mati disebabkan cedera parah
- Terkini(video),Gaddafi terbunuh
- Disogok 200k atau memang benar anak Lim Guan Eng d...
- Keluarga Mangsa cabul anak lim guan eng disogok 20...
- ISA terus relevan di Singapura
- Prof Aziz Bari digantung tugas
- Papa Gomo akan disaman akibat fitnah terhadap Anya...
- Peranan Media menjadi tunggak utama perhubungan an...
- Politik : Anwar Ibrahim menyambut baik untuk berde...
- Pemandu Teksi jadi Mumia
- Puteri bongsu Raja Jawa nikahi lelaki biasa
- Wanita terbunuh dalam 'rempuhan' kelab malam di No...
- Warga Singapura Kehilangan Motosikal di Johor Bharu
- Kolej Swasta di Malaysia dikatakan ''Beri Perlindu...
- Amaran Ke Atas Akaun GMail, Digodam dengan Google
anjlinabatra · 232 weeks ago