Dari Rakyat! Kepada Rakyat! Untuk Rakyat! | email us : rakyatmalaysia57@gmail.com
Thursday, 20 October 2011
ISA terus relevan di Singapura
TIMBALAN Perdana Menteri, Encik Teo Chee Hean, semalam menjelaskan mengapa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terus relevan bagi Singapura buat masa ini sebagai benteng terhadap ancaman-ancaman keselamatan.
Tanggungjawab, penilaian dan pertimbangan mengenai ancaman keselamatan negara terletak pada bahu pemerintah dan bukan pada hakim mahkamah, tegas beliau.Berucap di Parlimen semalam, Encik Teo yang juga Menteri Ehwal Dalam Negeri, turut menjelaskan mengapa bagi kes-kes pengganasan misalnya, perbicaraan terbuka di mahkamah, atau mengadakan undang-undang baru iaitu Akta Pengganasan seperti yang disarankan sesetengah pihak kurang sesuai atau tidak memadai.
Tambahan lagi, pengganasan bukannya satu-satu ancaman keselamatan terhadap Singapura, kata beliau.Beliau menyebut contoh bagaimana ISA telah digunakan bagi menentang ancaman subversif asing, pengintipan dan hasutan perkauman, sambil mendedahkan bahawa antara 1991 dengan tahun lalu, terdapat tujuh kes penahanan pengintipan.
Beliau akur bahawa pada masa depan, Singapura akan memerlukan undang-undang yang mengandungi peruntukan seperti dalam ISA, termasuk penahanan pencegahan, yang memberi kuasa kepada pemerintah mengambil tindakan awal dan mencegah ancaman serius dan bentuk sebenar undang-undang itu mungkin mengambil masa dan bergantung pada situasi.
'Tetapi bagi masa sekarang, ISA adalah benteng yang kita perlukan bagi melindungi kita daripada ancaman-ancaman dan membolehkan kita bertindak cepat dan berkesan sebelum ancaman itu mengakibatkan kerosakan serius dan mungkin berkekalan,' kata beliau.Isu ISA mendapat perhatian di Singapura termasuk gesaan sesetengah pihak agar pemerintah meniadakannya menyusuli keputusan kerajaan Malaysia baru-baru ini memansuhkan ISA di negara itu.
Menerusi ucapannya semalam, Encik Teo menyorot tentang sejarah dan peranan ISA di Singapura.
Beliau menarik perhatian bahawa dari 1960-an hingga ke lewat 1980-an, pemerintah memerlukan ISA bagi menangani ancaman Parti Komunis Malaya dan pada 1990-an pula ia jarang digunakan kecuali bagi beberapa kes pengintipan.
Bagaimanapun, ISA kemudian menjadi kritikal bagi menangani ancaman pengganasan global.Sambil menekankan bahawa penggunaan ISA dilaksanakan seiring keperluan keselamatan, Encik Teo berkata pemerintah menggunakan akta itu sebagai langkah terakhir apabila terdapat ancaman besar dan undang-undang lain tidak memadai.
Merujuk kepada saranan agar ISA dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Pengganasan, beliau berkata akta seperti yang disarankan itu tidak akan membolehkan langkah pencegahan terhadap mereka yang belum lagi melakukan tindakan yang boleh dikenakan dakwaan, tetapi menjadi sebahagian rangkaian yang lebih luas.
Dengan adanya ISA, pemerintah telah dapat membongkar rangkaian pengganasan di Singapura secara sistematik.Berhubung saranan agar membicarakan kes pengganasan di mahkamah, Encik Teo berkata perbicaraan sedemikian hanya akan mendedahkan maklumat yang boleh digunakan pengganas bagi memperjuangkan agenda mereka, dan juga kemungkinan maklumat rahsia terdedah.
Dalam kes-kes ancaman keselamatan yang berkaitan dengan isu-isu bahasa, kaum dan agama, pendedahan isu-isu ini dalam perbicaraan awam boleh mencetuskan lagi situasi bahaya seperti yang mengakibatkan rusuhan Maria Hertogh dulu.'Lebih penting lagi, memberikan hakim kata muktamad mengenai apakah yang menjadi ancaman serius terhadap keselamatan negara bererti seseorang hakim dan bukan pemerintah yang bertanggungjawab terhadap keputusan melibatkan keselamatan bagi Singapura.
'Di Singapura, tanggungjawab ini dan tanggungjawab untuk bertindak melindungi keselamatan negara terletak dalam tangan pemerintah,' kata Encik Teo.
Comment (1)

Sort by: Date Rating Last Activity
Loading comments...
Comments by IntenseDebate
Posting anonymously.
Rakan Facebook Jingga 13
Blog Archive
-
►
2013
(76)
- ► 19 May - 26 May (2)
- ► 28 April - 5 May (1)
- ► 21 April - 28 April (3)
- ► 14 April - 21 April (12)
- ► 7 April - 14 April (12)
- ► 31 March - 7 April (20)
- ► 24 March - 31 March (26)
-
►
2012
(432)
- ► 29 July - 5 August (1)
- ► 10 June - 17 June (1)
- ► 3 June - 10 June (6)
- ► 27 May - 3 June (8)
- ► 20 May - 27 May (11)
- ► 13 May - 20 May (19)
- ► 6 May - 13 May (23)
- ► 29 April - 6 May (24)
- ► 22 April - 29 April (22)
- ► 15 April - 22 April (22)
- ► 8 April - 15 April (18)
- ► 1 April - 8 April (32)
- ► 25 March - 1 April (19)
- ► 18 March - 25 March (19)
- ► 11 March - 18 March (20)
- ► 4 March - 11 March (12)
- ► 26 February - 4 March (17)
- ► 29 January - 5 February (30)
- ► 22 January - 29 January (27)
- ► 1 January - 8 January (21)
-
▼
2011
(223)
- ► 25 December - 1 January (16)
- ► 30 October - 6 November (35)
- ► 23 October - 30 October (17)
-
▼
16 October - 23 October
(32)
- HIMPUN Tiru Jingga 13
- Melayukah Anda?
- Kerana nak buang sihir, aku dirogol
- Muhyiddin- Rakyat benci pakatan rakyat di Selangor
- Semua Tokoh Akademik Menyokong Penuh Prof Aziz Bar...
- Video Mahathir Mengajak Pemuda/Puteri UMNO menderh...
- Orang Islam dilarang bersolat, perintah Siapa?
- MCA tidak setuju dengan perhimpunan yang boleh mer...
- Sekitar gambar mahasiswa menyokong Prof Aziz Bari
- Petikan Khas dari NGO Badan Berkebajikan Jingga 13...
- Justice for Aziz Bari
- Syarikat Kroni UMNO dapat projek 700 Juta - 900 Ju...
- Gadis Hilang ketika berhibur di gunung Sindoro
- Kedai Rakyat 1Malaysia, very cheap
- Timbalan menteri pengajian tinggi Sedih diatas kej...
- Video Remaja ,keruntuhan akhlak
- Latest Update about Gaddafi
- Gaddafi mati disebabkan cedera parah
- Terkini(video),Gaddafi terbunuh
- Disogok 200k atau memang benar anak Lim Guan Eng d...
- Keluarga Mangsa cabul anak lim guan eng disogok 20...
- ISA terus relevan di Singapura
- Prof Aziz Bari digantung tugas
- Papa Gomo akan disaman akibat fitnah terhadap Anya...
- Peranan Media menjadi tunggak utama perhubungan an...
- Politik : Anwar Ibrahim menyambut baik untuk berde...
- Pemandu Teksi jadi Mumia
- Puteri bongsu Raja Jawa nikahi lelaki biasa
- Wanita terbunuh dalam 'rempuhan' kelab malam di No...
- Warga Singapura Kehilangan Motosikal di Johor Bharu
- Kolej Swasta di Malaysia dikatakan ''Beri Perlindu...
- Amaran Ke Atas Akaun GMail, Digodam dengan Google
anjlinabatra · 232 weeks ago