PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Saturday, 22 October 2011

Video Mahathir Mengajak Pemuda/Puteri UMNO menderhaka Raja

Artikel :
Baru-baru ini, semalam mahasiswa/mahasisiwi telah dihantui oleh Pihak yang tidak bertangungjawab tentang pelbagai ugutan, tapi gerakan hati, naluri anak muda mahsiswa/mahasisiwi tidak dapat dipatahkan, Ini semua adlah kerana Prof Aziz Bari digantung tugas. Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Ab Razab berkata kumpulan berkenaan akan menyerahkan memorandum berkenaan kepada Perdana Menteri yang dijangka mengadakan lawatan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada minggu hadapan.

“Kami dimaklumkan Perdana Menteri akan melawat UIAM minggu hadapan, jadi kami bercadang untuk menyerahkan memorandum ini pada masa tersebut.

“Ini adalah satu masalah yang serius terhadap pakar akademik kita. Mereka sepatutnya diberikan kebebasan serta ruang untuk menyuarakan pendapat dalam isu kritikal serta berdebat mengenainya,” katanya kepada pemberita pada sidang media yang diadakan di masjid universiti berkenaan pada Jumaat.


Semua ini terjadi kerana, UMNO mengatakan dan memperbodohkan rakyat melayu tentang Prof Aziz Bahari menghina raja. Ahli akademik yang juga pakar perlembagaan seperti Prof Aziz Bari, dihentam kiri kanan, digantung, disiasat dan sebagainya hanya kerana menyebut, baginda (Sultan Selangor) sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam


_______________________________________________________________

Tetapi bagaimana pula dengan petikan dari Dr Mahathir dibawah ini ?


Kita mesti dalam Umno, kalau kita ada dalam Umno, kita suarakan pendapat kita. Jangan takut, jangan takut. Kenapa begitu sekali takut?

Orang Melayu ni begitulah, dia dengar sangat Hang Tuah. Hang Tuah kata Melayu tidak akan menderhaka kepada raja. Jadi raja buat apa, bunuh orang pun tak apa.

Inilah nasib orang Melayu bila kita tak berani menderhaka, bila patut, bukan selalu. Selalu kita patuh, zaman saya dulu patuh baik-baik.

Tapi sekarang ni tak usahlah patuh sangat pasal dia (raja) buat benda tak betul. Itu saja, dan kalau kita duduk dalam puteri, dalam putera, ataupun apa-apa kita mesti berani berkata...

Kenapa beliau tidak dikenakan apa-apa tindakan??

Adakah sebab beliau UMNO ? Beliau boleh buat apa saja yang beliau suka?
 Lawan tetap Lawan.......................

Video Mahathir menghasut/mengajak Pemuda UMNO menderhaka Raja, beliau juga menghina Pejuang Hang Tuah. '' ni lah masalah orang Melayu,dengar sangat cakap Hang Tuah '' 
Nasib kau mahathir, xkena hentam mcm mat sabu..





Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...