PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Wednesday, 19 October 2011

Kolej Swasta di Malaysia dikatakan ''Beri Perlindungan kepada warga Asing Lakukan Jenayah''

KUALA LUMPUR: Betapa mudahnya pelajar warga asing, khususnya dari benua Afrika masuk ke Malaysia, seterusnya menjalankan kegiatan berunsur jenayah dan seolah-olah dilindungi pula oleh kolej swasta tempat mereka belajar.

Modus operandinya, pelajar itu hanya perlu mendaftarkan diri di kolej terbabit tanpa diwajibkan menghadiri kelas.Mereka hanya perlu menduduki peperiksaan apabila tiba waktunya.

Jika gagal, mereka akan dibantu pihak kolej memperbaharui visa kemasukan dan pas pelajar bagi menyambung pengajian sekali gus tinggal di Malaysia.Malah, terdapat pelajar asing yang cuba memperbaharui dokumen mereka lebih daripada sekali, meskipun tidak pernah hadir kelas dan disyaki terlibat dalam aktiviti jenayah seperti dadah, pelacuran dan pengubahan wang haram.Kegiatan lima kolej swasta di sini, yang seolah-olah melindungi pelajar asing tersebut terbongkar apabila ia dikesan Jabatan Imigresen ketika membuat permohonan memperbaharui dokumen pelajar masing-masing.


Pihak Imigresen bagaimanapun menolak permohonan itu selepas mengesyaki pas beberapa pelajar tersebut disalah guna hasil siasatan terperinci ke atas rekod kehadiran ke kelas serta keputusan akhir peperiksaan.Malah, ketika permohonan, pihak pengurusan kolej bersungguh-sungguh merayu supaya dokumen pelajar mereka diperbaharui, dipercayai kerana pelajar tersebut sudah membayar wang pengajian.

Pengarah Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Encik Mohd Zahari Hassan, memberitahu pihak pengurusan dan pentadbiran lima kolej berkenaan telah dipanggil dan diberi amaran lisan supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan selain memantau aktiviti pelajar mereka.'Pihak kami dapati, segelintir pelajar asing kolej berkenaan mendaftar tetapi tidak hadiri kelas dan gagal dalam peperiksaan akhir.

'Berikutan itu, pihak kolej diminta mengemukakan keputusan peperiksaan serta rekod kehadiran ke kelas setiap pelajar warga asing sebelum pas mereka diperbaharui setiap tahun.'Tindakan tegas boleh dikenakan termasuk menyenarai hitam kolej-kolej terlibat serta membatalkan serta-merta permit kelayakan pelajar asing,' katanya.

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...