PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Saturday 22 October 2011

HIMPUN Tiru Jingga 13

Azmi Abdul Hamid berucap pada Himpunan Sejuta Umat di Shah Alam. — Foto oleh Choo Choy May

SHAH ALAM, 22 Okt — Peruntukan untuk melindungi sensitiviti agama dan kedudukan istimewa Islam perlu dijadikan sebahagian daripada undang-undang baru yang akan digubal bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri, gesa Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) hari ini. Pengerusi bersamanya Mohd Azmi Abdul Hamid menekankan bahawa peruntukan itu perlu disepadukan dalam dua undang-undang baru, yang dijangka akan digubal tahun depan, bagi memastikan keharmonian agama dan kaum di Malaysia dipertahankan.

Malah kata beliau, enakmen peringkat negeri untuk mencegah kes-kes murtad di kalangan Muslim tidak mencukupi dan perlu diperbaiki.
Sehubungan itu beliau menggesa pihak berkuasa agama Islam agar melihat kes-kes murtad dengan lebih serius.

“Kami merasakan tidak cukup. Kita tidak serius dalam mengadakan penguatkuasaan,” kata beliau kepada pemberita selepas menutup  gerakan Himpun di Stadium Shah Alam di sini.
Sambil tidak menafikan bahawa ada kelemahan dalam pengagihan duit zakat, Azmi berkata, ia tidak bermakna agama-agama lain mengambilnya  sebagai peluang untuk menyebarkan kepercayaan mereka ke atas Muslim.
“Kesemua agensi ada kelemahan, bukan hanya agensi agama. Tetapi ada pihak mengambil peluang dengan kelemahan,” katanya.
“Ia tidak betul,” katanya.
Bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan dua undang-undang termasuk ISA akan dimansuhkan. Ia akan digantikan dengan dua akta baru, dijangka tahun depan.

________________________________________________

Kami juga mendesak supaya diwujudkan Akta Khas bagi menggantikan ISA yang akan dimansuhkan tidak lama lagi bagi menangani masalah seperti yang terjadi dalam kes Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri lwn Jamaludin @ Yeshua Jamaludin bin Othman, Mahkamah Agung (ketika itu) yang memutuskan bahawa ISA tidak boleh digunakan bagi membendung kegiatan penyebaran agama Kristian di kalangan orang Melayu. Menurut mahkamah, kebebasan seseorang individu untuk menganut dan mengamalkan agamanya yang dilindungi oleh Perlembagaan tidak boleh dihalang melalui ISA.
_________________________________________________


Melayukah Anda?

Sila lihat Video ini.. kemudian berikan pendapat anda sebagai MELAYU...MELAYUKAH kita sekarang? sayang, hanya di mulut perkataan Melayu, tetapi dihati tiada naluri seorang melayu..hayatilah video ini.........



sokong Prof Aziz Bari, kau boleh ambil seorang profesor, tetapi kau tidak boleh mengambil seribu suara kami untuk Prof Aziz Bari...siapalah anda wahai ..............................................

Kerana nak buang sihir, aku dirogol


KUALA LUMPUR: Terpengaruh dengan dakwaan dirinya disihir dan perlu dirawat, seorang wanita berusia 42 tahun dirogol seorang lelaki di sebuah hotel di Kepong, di sini, ketika mahu melakukan rawatan membuang sial, Selasa lalu.
Difahamkan, mangsa yang dipengaruhi lelaki berusia 38 tahun yang mendakwa mempunyai kebolehan membuang sial, bersetuju mengekorinya ke premis berkenaan sebelum dirogol.

Muhyiddin- Rakyat benci pakatan rakyat di Selangor

DENGKIL, 22 Okt — Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata beliau sudah melihat “gelombang biru” di Selangor yang menunjukkan keinginan semula rakyat kepada pentadbiran Barisan Nasional (BN).
“Gelombang itu sudah nampak berlaku di seluruh Selangor. Ada kesedaran baru kerana mereka tahu mereka sudah bagi peluang kepada pakatan selama tiga tahun, (tapi) banyak masalah berlaku,” katanya, merujuk kepada kerajaan gabungan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS di Selangor.
Berucap pada majlis Sarapan Pagi 1Malaysia Bersama Rakyat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Dengkil di sini, Timbalan Perdana Menteri berkata ramai rakyat Selangor merungut tentang ketidakpekaan pimpinan kerajaan negeri dalam memahami naluri dan keinginan serta kebajikan mereka.

Semua Tokoh Akademik Menyokong Penuh Prof Aziz Bari...Siapa Yang tak mau Sokong??


KUALA LUMPUR: Tokoh-tokoh akademik daripada universiti tertua di Malaysia kelmarin memberi sokongan mereka kepada Profesor Dr Abdul Aziz Bari (gambar), sambil menggesa pihak-pihak berkenaan supaya menamatkan satu 'pencemaran melampau' terhadap kebebasan akademik.

Video Mahathir Mengajak Pemuda/Puteri UMNO menderhaka Raja

Artikel :
Baru-baru ini, semalam mahasiswa/mahasisiwi telah dihantui oleh Pihak yang tidak bertangungjawab tentang pelbagai ugutan, tapi gerakan hati, naluri anak muda mahsiswa/mahasisiwi tidak dapat dipatahkan, Ini semua adlah kerana Prof Aziz Bari digantung tugas. Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Ab Razab berkata kumpulan berkenaan akan menyerahkan memorandum berkenaan kepada Perdana Menteri yang dijangka mengadakan lawatan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada minggu hadapan.

Friday 21 October 2011

Orang Islam dilarang bersolat, perintah Siapa?


Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin hari ini diheret daripada menunaikansolat Jumaat di masjid Universiti Islam Antarabangsa, sebelum perhimpunan membantah penggantungan tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah bermula.

Bercakap kepada Malaysiakini selepas kejadian itu, Shamsul Iskandar berkata beliau diangkut dan ditarik ke dalam sebuah Proton Satria hitam dan dibawa keluar dari perkarangan universiti itu.

MCA tidak setuju dengan perhimpunan yang boleh merenggangkan Islam dan Kristian


SERI KEMBANGAN (Selangor): Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA) Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, menggesa penganjur Himpunan Sejuta Umat (Himpun) agar membatalkan kempen terhadap Kristian, yang didakwa mencabar akidah umat Islam demi mengelakkan ketegangan agama.

Himpun mendakwa pihaknya telah mendapat sokongan lebih 2,000 pertubuhan bukan kerajaan dan yakin dapat menghimpunkan lebih 100,000 peserta di Stadium Shah Alam, esok.'Sama ada ia harus diteruskan ataupun sebaliknya, saya fikir polis tahu apa yang hendak dilakukan tetapi secara peribadi saya merasakan tidak harus ada sebarang perhimpunan (seumpama itu),' kata Dr Chua kelmarin.

Sekitar gambar mahasiswa menyokong Prof Aziz Bari


Beberapa orang pengawal keselamatan melakukan pemeriksaan ketat di pintu gerbang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) manakala orang awam dihalang daripada memasuki bangunan tersebut.

Menurut seorang pengawal keselamatan, selain orang awam, pihak media juga tidak dibenarkan masuk.

Petikan Khas dari NGO Badan Berkebajikan Jingga 13 tentang Perhimpunan Sejuta Umat


Kami dari Jingga13 ingin membuat kenyataan mengenai Himpunan Sejuta Umat yang akan diadakan pada hari Sabtu ini.Kami menyokong tindakan Parti Keadilan Rakyat bersama Parti Islam Semalaysia (PAS) untuk tidak menyokong perhimpunan ini atas beberapa sebab. Antaranya.. Penghimpunan ini dianjurkan oleh pihak pro-kerajaan, dimana tujuannya adalah untuk mengumpul seberapa ramai umat ISLAM supaya berhimpun mendesak pihak kerajaan untuk mendepani isu murtad dan agenda kristianisasi.

Justice for Aziz Bari

Syarikat Kroni UMNO dapat projek 700 Juta - 900 Juta - Saifuddin


KUALA LUMPUR 20 Okt: Jaminan Perdana menteri untuk melakukan tranformasi dan liberalisasi ekonomi hanya janji kosong apabila syarikat yang mempunyai kaitan dengan Umno terus menerima kontrak bernilai jutaan ringgit.
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution merujuk penganugerahan tender bagi kontrak pembinaan Hospital wanita dan kanak-kanak kepada syarikat kurang dikenali, Najcom Sdn Bhd dan rakan kongsinya, UEM Group Berhad.
Menurut Saifuddin, pembinaan hospital itu dijangka mencecah kos antara RM700 juta hingga 900 juta yang turut dimasukkan dalam Belanjawan 2012 yang dibentang 7 Oktober lalu.

Gadis Hilang ketika berhibur di gunung Sindoro

TEMANGGUNG--MICOM: Seorang wanita asal Dusun Pringapus, Desa/Kecamatan Bansari, Kabupaten Temanggung, Jawa Tengah, yang kini menetap di Singapura, Urip Yulainah, 45, hilang saat berlibur di kampung halamannya di lereng timur Gunung Sindoro.

"Sejak dikabarkan hilang pada Minggu (16/10) hingga sekarang kami terus menyisir jalur pendakian Gunung Sindoro sebelah timur, namun belum menemukan titik terang," kata Komandan Search and Rescue (SAR) Kabupaten Temanggung Welly Sulistyo di Temanggung, Kamis (20/10).

Kedai Rakyat 1Malaysia, very cheap

Kedai Rakyat satu malaysia

who is the liar?
salah siapa?

Thursday 20 October 2011

Timbalan menteri pengajian tinggi Sedih diatas kejadian menimpa Aziz Bari



KUALA LUMPUR, 20 Okt: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, berasa terganggu dan sedih dengan tindakan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang menggantung pensyarah Fakulti Undang-Undangnya, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Mengulas melalui laman Twitternya, Saifudin berkata beliau telah mengarahkan UIA memberi laporan bertulis kepada beliau.

Video Remaja ,keruntuhan akhlak


Malaysia : Tidak pasti kejadian berlaku dimana, video ini telah menunjukkan kejatuhan moral dan akhlak orang melayu di Malaysia. Remaja yang masih muda sudah pandai untuk berebut lelaki/jejaka. 

Latest Update about Gaddafi

Latest update hidup
Gaddafi's quixotic and brutal rule
A life in pictures

Bekas pemimpin Libya Kolonel Muammar Gaddafi telah dibunuh selepas satu serangan di bandar, rumahnya Sirte, kata pegawai-pegawai peralihan kuasa.

Gaddafi mati disebabkan cedera parah


Bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya sewaktu ditangkap berhampiran bandar kelahirannya di Sirte, kata seorang pegawai kanan tentera Majlis Peralihan Nasional (NTC).
pegawai NTC, Abdel Majid sebelum ini dilaporkan berkata  Gaddafi  telah ditangkap dan kedua-dua belah kakinya cedera ketika cuba lari dalam satu konvoi yang diserangkan jet pejuang Nato.
"Dia juga terkena tembakan di kepalanya," kata para pegawai. "Banyak tembakan dilepaskan ke atas kumpulannyadan dia mati."

Terkini(video),Gaddafi terbunuh



Tidak lama selepas berita bahawa bekas pemimpin Libya yang diguligkan, Muammar Gaddafi cedera di kedua-dua kakinya, satu laporan berita dari Al Jazeera menyebut beliau telah terbunuh.

Disogok 200k atau memang benar anak Lim Guan Eng difitnah?


Hanya kerana ketagihkan kuasa yang melampau, beberapa pemimpin dan blogger pro-UMNO sanggup menggunakan fitnah jijik dan tidak bertamadun untuk memusnahkan kehidupan pemimpin Pakatan Rakyat. Dalam kes terbaru, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menjadi mangsa oleh para pemimpin dan blogger UMNO yang bersifat kebinatangan apabila anak lelakinya yang berusia 16 tahun difitnah kononnya telah mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan.

Keluarga Mangsa cabul anak lim guan eng disogok 200k : Dakwa Pemuda UMNO



PULAU PINANG, 18 Okt – Imej Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terus tercalar apabila kali ini kecoh mengenai kontroversi anak lelakinya yang dikatakan telah mencabul rakan sekolahnya. Bagi menutup mulut semua pihak, keluarga mangsa telah disogok dengan wang berjumlah RM200 ribu. Anak lelaki Guan Eng pula ditukar ke sekolah lagi.

ISA terus relevan di Singapura


TIMBALAN Perdana Menteri, Encik Teo Chee Hean, semalam menjelaskan mengapa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terus relevan bagi Singapura buat masa ini sebagai benteng terhadap ancaman-ancaman keselamatan.

Tanggungjawab, penilaian dan pertimbangan mengenai ancaman keselamatan negara terletak pada bahu pemerintah dan bukan pada hakim mahkamah, tegas beliau.Berucap di Parlimen semalam, Encik Teo yang juga Menteri Ehwal Dalam Negeri, turut menjelaskan mengapa bagi kes-kes pengganasan misalnya, perbicaraan terbuka di mahkamah, atau mengadakan undang-undang baru iaitu Akta Pengganasan seperti yang disarankan sesetengah pihak kurang sesuai atau tidak memadai.

Prof Aziz Bari digantung tugas


KUALA LUMPUR, 20 Okt - Seperti yang dijangka, akibat beberapa kenyataan beliau yangsukar diterima oleh kerajaan UMNO BN sekarang maka akhirnya pakar perlembagaan dan Pensyarah Undang-UndangUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari (foto) digantung tugas dan dilarang menjejaki universiti terbabit hari ini. 

Papa Gomo akan disaman akibat fitnah terhadap Anya Sun Corke


 
Pulau Pinang : Juara catur yang berusia 21 tahun, Anya Sun Corke yang menjadi mangsa penggunaan gambarnya oleh blogger Papagomo untuk memfitnah anak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, sudah dimaklumkan berkenaan isu tersebut.

Wednesday 19 October 2011

Peranan Media menjadi tunggak utama perhubungan antara kaum : Najib


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak meminta media bersama-sama membantu kerajaan memperkukuhkan hubungan masyarakat pelbagai kaum, sekali gus menjayakan transformasi yang sedang dilaksanakan. 

Politik : Anwar Ibrahim menyambut baik untuk berdebat dengan Perdana Menteri Malaysia, Najib

Anwar Ibrahim


KUALA LUMPUR, 19 Okt: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik tawaran mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menganjurkan debat terbuka antara beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Anwar, ia perlu disegerakan sebelum perbahasan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, berakhir bagi penggal ini, lapor KeadilanDaily.

“Saya menyambut baik, mana-mana badan NGO yang ingin menganjurkan perdebatan tersebut. Saya harap disegerakan sebelum tamat perbahasan Belanjawan ini,” kata Anwar pada sidang media di Parlimen.

Hari ini, sebuah Akademi Penulisan yang dinamakan Akademi Pak Sako, bersedia menjadi penganjur debat antara kedua tokoh itu membincangkan soal ekonomi dan Belanjawan 2012.

Jurucakap Akademi Pak Sako, Hilman Idham berkata, debat itu juga membolehkan rakyat menilai belanjawan yang dibentangkan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Pemandu Teksi jadi Mumia


Pemandu Teksi yang diawet menjadi mumia


LONDON: Seorang memerintah kerajaan yang besar dari istananya di tebing Sungai Nil. Manakala, seorang lagi menguasai jalan raya sebagai pemandu teksi di Torquay.
Walaupun kehidupan dua individu berkenaan berbeza dan dipisahkan oleh jarak ribuan tahun, namun Raja Tutankhamun dan Alan Billis mempunyai persamaan dalam satu perkara utama. Billis yang sudah meninggal dunia adalah lelaki pertama yang diawet menjadi mumia mengikut cara penduduk Mesir kira-kira 3,000 tahun lalu. Menggunakan teknik yang mengawet mayat Tutankhamun selepas kematiannya pada 1323 SM, saintis mengawet lelaki berusia 61 tahun terbabit ekoran kematiannya akibat kanser paru-paru.

Puteri bongsu Raja Jawa nikahi lelaki biasa



YOGYAKARTA: Puteri bongsu Raja Jawa, Sri Sultan Hamengku Buwono X, Gusti Raden Ajeng Nur Astuti Wijareni, 25 tahun, semalam melangsungkan perkahwinan dengan seorang pegawai pemerintah rakyat biasa, Kanjeng Pangeran Haryo Yudanegara Ahmad Ubaidillah, 30 tahun, mengikut adat istiadat Jawa.

Upacara pernikahan diadakan di Masjid Penenpen sekitar 7.30 pagi waktu tempatan.Encik Ubaidillah yang dilahirkan di Jakarta, bekerja sebagai pegawai negeri di Sekretariat Wakil Presiden dan sejak Mac lalu ditugaskan di Bahagian Komunikasi Media Cetak, khusus mengendalikan isu politik.

Wanita terbunuh dalam 'rempuhan' kelab malam di Northampton

NORTHAMPTON, 19 Oktober 2011 : Nabila Nanfuka, 22, Neasden, barat laut London, meninggal dunia di Lava, kelab malam di Jalan St Peter pada waktu awal pagi.

Sebanyak 1,300 orang dipercayai telah pergi ke acara muzik dance. Polis berkata,kecederaan orang ramai berpunca daripada rempuhan tersebut.

Warga Singapura Kehilangan Motosikal di Johor Bharu


Singapura,19 Oktober 2011 : KETIKA Encik Mohamad Haron Hassan sedang menjamu selera bersama isterinya di pasar raya Tesco di Tebrau City, Johor Bahru, Sabtu lalu, beliau tidak sedap hati.
Sejurus menghabiskan makanan, beliau bergegas ke kawasan letak motosikal tempat beliau meletakkan motosikalnya, sementara isterinya berbelanja barang dapur di pasar raya tersebut.
Alangkah terperanjatnya Encik Haron, 55 tahun, seorang drebar, apabila beliau mendapati motosikal berjenama Honda CB 400 miliknya hilang.

Kolej Swasta di Malaysia dikatakan ''Beri Perlindungan kepada warga Asing Lakukan Jenayah''

KUALA LUMPUR: Betapa mudahnya pelajar warga asing, khususnya dari benua Afrika masuk ke Malaysia, seterusnya menjalankan kegiatan berunsur jenayah dan seolah-olah dilindungi pula oleh kolej swasta tempat mereka belajar.

Modus operandinya, pelajar itu hanya perlu mendaftarkan diri di kolej terbabit tanpa diwajibkan menghadiri kelas.Mereka hanya perlu menduduki peperiksaan apabila tiba waktunya.

Amaran Ke Atas Akaun GMail, Digodam dengan Google


London, 18 Oktober 2011 : Google telah memberi amaran untuk meningkatkan keselamatan dan melakukan lebih banyak untuk membantu mangsa jenayah dalam talian di tengah-tengah kebimbangan gelombang baru cyberattacks.

Pakar-pakar hari ini berkata bahawa melainkan jika lebih banyak langkah berjaga-jaga yang telah diambil, kes-kes seperti itu Southwark ahli Majlis Rowenna Davis akan menjadi perkara biasa.

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...