PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Saturday 19 May 2012

Video Penuh: Pemimpin Umno Mengamuk dan Isytihar Keluar Parti!!




BATU GAJAH: Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Sdr Zamhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu.Tindakan tersebut adalah disebabkan parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang melayu dan tidak lagi releven.

Pelik Tapi Benar!!!



PELIK! Batang Pokok Yang Tumbang Lalu Membengkok Untuk Selamatkan Kereta Seorang Ustaz. Kisah ini mengenai seorang wali keturunan Bani Mu’awiyah yang kini hidup sebagai orang biasa, mengajar di sekolah Islam biasa di London, mengalami kejadian yang menakjubkan.

[Video] Rahim Noor "Bapa Syaitan Negara"?




(Akhbar NST dibakar oleh penunjuk perasaan)





PULAU PINANG: Kemarahan terhadap akhbar Umno, New Strait Times (NST) ekoran tindakannya menuduh Mursyidul Am PAS sebagai 'Bapak Kafir' merebak ke Pulau Pinang pula.


Friday 18 May 2012

NST disaman RM1 juta!!!


(Laporan NST yang mendakwa Nik Aziz bapak kafir)

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantar notis saman kepada semua yang terlibat dengan laporan berita 'Nik Aziz father of kafir'.

Polis "Ganas" didakwa di Mahkamah!!!






Dua anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan mencederakan jurugambar Guang Ming Daily, Wong Kin Onn sewaktu himpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.


Bukti Rosmah disanjungi dan disayangi di Pekan!


KUALA LUMPUR 17 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa pulang tergesa-gesa apabila majlis perasmian Karnival Belia Pekan yang dirasmikannya gagal mendapat sambutan.

Thursday 17 May 2012

Kehebatan Daftar Pemilih SPR Malaysia!


BATU GAJAH: Seorang wanita mendakwa dirinya hilang kelayakan mengundi apabila semakan di web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menunjukkan nombor kad pengenalannya dimiliki pihak lain.

Nama Najib Razak "Meletup" di Kanada!!!


Inkuiri di mahkamah Perancis telah memulakan siasatan yang bakal menghubungkan segala titik mengenai Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak, pembelian dua kapal selam Perancis, rasuah sebanyak RM500 juta dan pembunuhan terhadap model Mongolia oleh para pengawal beliau.

Skandal Umno: Anak Menteri Dapat Tender RM 30.8 Juta?

Skandal NFC yang melibatkan dana rakyat berjumlah RM250 Juta, melibatkan Sharizat yang sinonim dengan Lembah Pantai.. kali ini satu lagi scandal yang melibatkan pemimpin yang juga dikatakan sinonim dengan Lembah Pantai terdedah.. 


Pada 24hb Ogos 2010, sebuah syarikat dengan nama Istijuara Sdn Bhd telah diberikan kontrak kerajaan yang berjumlah RM30, 800,000 oleh Kementerian Belia dan Sukan.Anda boleh lihat butir-butir di bawah.

Wednesday 16 May 2012

Pemandu sahkan Zahida terima wang dari Menteri Umno!


PETALING JAYA 16 Mei: Bekas pemandu peribadi Zahida Rafik mendedahkan, Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal membayar pelakon terkenal itu sebanyak RM1 juta.
Bercakap dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN tengah hari tadi, Noor Azman Azemi, 38, yang ditemani ibu saudaranya, yang juga Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP), Tengku Intan Tengku Abd Hamid, mengakui wang itu dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida pada tahun lepas.
Menurutnya, beliau sendiri tidak mengetahui jumlah sebenar wang yang dimuatkan dalam beg sebelum memasukkannya bersama Zahida ke dalam akaun dan terkejut kerana itu jumlah terbesar yang pernah beliau bawa ke bank.
Azman yang pertama kali muncul di khalayak umum memberitahu, demi hubungan istimewa dengan Zahida, Shafie memberikan pelakon itu RM100,000 hingga RM200,000 ke akaun Zahida setiap kali pertemuan di hotel sekitar Kuala Lumpur.
“Sepanjang tiga tahun saya bekerja sebagai pemandu, Shafie akan memberikan RM100,000 hingga RM200,000 setiap kali berjumpa. Mereka akan bertemu sebulan empat kali. Semua duit yang diberikan itu akan diberikan secara tunai.

[Video] Media Umno Terus Menipu & Memperbodohkan Rakyat 1Malaysia




Dalam mereka mengatakan Himpunan BERSIH 3.0 tidak memberikan kesan terhadap sokongan rakyat terhadap UMNO/BN, nampaknya masih ujud kegusaran mereka terhadap kenyataan mereka itu sendiri nampaknya..

Tuesday 15 May 2012

[Video] Najib Merayu Hentikan "Bersih"

KUALA LUMPUR 15 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa merayu kepada rakyat Malaysia di London supaya menghentikan laungan ‘Bersih’ dalam satu pertemuan semalam. 



Najib dimalukan sebahagian hadirin yang mula bersorak sebaik naik ke pentas dan berlarutan ketika beliau berucap.

Sorakan itu menyebabkan beliau ‘malu besar’ serta hilang tumpuan dan terpaksa merayu supaya dihentikan.

Jingga 13: SPR perlu bertanggungjawab Bersih 3.0


(Oleh Norutul Ilham)
KUALA LUMPUR 15 Mei: Suruhanjaya Pilihan Rayaa (SPR) adalah punca perhimpunan Bersih diadakan kerana masih gagal membersihkan daftar pemilih yang meragukan selain berkepentingan politik.

Video Sebenar di Ceramah "Nizar Pembohong Bersiri"?



Hari Ahad malam Isnin, 13 Mei 2012, ada dua ceramah menarik. Satu di Sungai Rokam dan satu lagi di Tualang Sekah.

[Video] Bila Orang Kurang Akal Tunjuk Kebodohannya! Inilah Jadinya!





[MK] Sekumpulan bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' di depan kediaman Pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Bukit Damansara pagi ini.

Ia disertai kira-kira 15 orang yang mengaku sebagai bekas tentera dari Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM).

Monday 14 May 2012

Akhbar Tabloid Umno Hina Rakyat Sarawak!!!


Petikan dari Metro Ahad 13 - 05 - 2012

Oleh HADZLAN HASSAN

hadzlan@hmetro.com.my

ULU BARAM: Mungkin pelik bagi kita, tetapi satu kumpulan suku kaum Penan di sebuah perkampungan di sini masih mengamalkan perkahwinan sesama ahli keluarga, termasuk anak dengan ibu, bapa atau sesama saudara kandung.
Siasatan dan tinjauan Metro Ahad mendapati, kira-kira 15 keluarga yang mendiami kawasan itu secara berpindah-randah walaupun disediakan rumah panjang, mempunyai pertalian darah, malah 10 pasangan berkahwin dengan darah daging sendiri.
Ia dipercayai menjadi antara faktor kebanyakan remaja dan kanak-kanak di situ tidak memiliki kad pengenalan kerana mereka biasanya tidak mendaftarkan kelahiran hasil perkahwinan cacamarba itu, selain tidak sempat ke klinik.



Bagi masyarakat tempatan, terutama pada zaman dulu, ia perkara biasa kerana mereka yang hidup nomad dalam jumlah kecil tidak banyak pilihan untuk mencari pasangan hidup, namun ia janggal bagi masyarakat luar.


Walaupun perkahwinan sesama mahram, termasuk antara dua beranak, semakin terhakis selepas mereka mula mendiami rumah panjang, komuniti yang mendiami kediaman itu sebenarnya masih adik-beradik.




--------------------------------------------------------------------------------------------

**Apa motif penulis molah berita tok?? mun mok molah berita pasal rakyat Sarawak...polah lok kajian..dapatkan info² / fakta² yang betul..tok macam main sukati jak...

**Tok reaksi dari kamek orang...orang Sarawak!!




Penafian dari NGO Kaum Penan!
Komuniti NGO penganjur Muhim Urip telah bekerja rapat dengan kaum Penan selama 15 tahun. Beliau berkata sumbang mahram tidak pernah menjadi sebahagian daripada budaya Penan. Dia menghina penegasan Hadzlan 'dalam masyarakat tempatan', sumbang mahram adalah 'biasa' kerana mereka 'hidup dalam kumpulan kecil sebagai nomad tidak mempunyai banyak pilihan dalamkehidupan rakan-rakan'.
"Itu tidak masuk akal. Sumbang mahram tidak 'biasa' dalam mana-mana masyarakat pemburu-pengumpul nomad, sama ada di Sarawak atau di seluruh dunia," kata Muhim.
"Penan berkahwin antara kumpulan nomad, dan sering membongkar diri mereka untuk hidup bersama pasangan mereka di kampung-kampung baru atau kumpulan nomad yang baru."

Manakala Malaysiakini melaporkan : 




'Penan incest' claim triggers anger at tabloid
ANTIDOTE Metro Ahad, a tabloid newspaper linked to Umno through Media Prima, has raised angry calls for a boycott, following a disturbing May 13 story alleging that unnamed Sarawakian Penans practise incest.


In a report headlined Abang Kahwin Adik Sendiri (Brother is married to his own sister), reporter Hadzlan Hassan claimed that ‘investigations and research by the newspaper found that around 15 families in the (Ulu Baram) area live in a nomadic fashion although a longhouse has been provided for them, and have married blood relatives, in fact 10 couples married their own flesh and blood’.


There are several jarring details in Metro's succinct report. Despite splashing a large photo across its homepage with a caption "My mother is my wife, my father is my husband", it failed to set out the name of the village or its exact .

Apakah tujuan sebenar Harian Metro * myMetromenyiarkan cerita ini? Adakah untuk memalukan Kaum Penan? Adakah ianya sekadar hendak menutup cerita pembalakan haram di Sarawak? Bagaimana dengan kes Kaum Wanita Penan yang dijadikan habuan seks pembalak-pembalak haram di Sarawak pada satu ketika dulu? Sudahlah tanah mereka dirampas, hutan ditebang, hasil balak dikebas, kaum wanitanya dirogol tanpa belas kasihan! (http://wargamarhaen.blogspot.com/2010/01/siapa-kata-kes-rogol-kaum-penan-selesai.html)! Tidak cukup lagikah penderitaan yang dialami oleh kaum ini? Kini timbul pula kisah baru!

Sesuatu Yang Be End Tak Pernah Buat Untuk Rakyat 1 Malaysia



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Program Jom Shopping bagi Parlimen Lembah Pantai bagi Siri ke-5 telah diadakan di Tesco Scott Garden, Jalan Klang Lama Ahad yang lepas (13 Mei 2012). Seramai 200 peserta yang terpilih iaitu Warga Emas Anak Kelahiran Negeri Selangor tetapi menetap di Lembah Pantai diraikan di dalam Program ini bershopping bersama YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Berani Kerana Benar! Takut Kerana Membohong?

Tersengih Dato Seri Nizar melihat kelakuan pemfitnah umno!


Melalui laman twitternya, Dato Seri Nizar Jamaluddin mendedahkan bagaimana beliau duduk dimeja utama ceramah anjuran Umno yang bertajuk 'Nizar pembohong bersiri'.

Sunday 13 May 2012

Demo Mansuhkan Tol! Aman Tanpa Provokasi Polis!!



Inilah yang berlaku hari ini! Tiada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku! Semuanya aman dan harmoni! Cuma kebisingan jeritan pendemo-pendemo dan hon-hon kenderaan yang memberikan sokongan, menjadikan himpunan aman ini begitu meriah! Apakah ini berlaku adalah kerana tiadanya pihak berkuasa yang suka mengganggu demonstrasi yang dilakukan oleh pihak Pakatan Rakyat? Anda lihat dan bandingkan sendiri bezanya dengan perhimpunan aman Bersih 3.0 yang ternyata diganggu oleh provokasi dan gangguan dari pihak berkuasa!!


SHAH ALAM 13 Mei: Kira-kira 500 orang mengadakan demontrasi bagi mendesak supaya Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di lebuh Raya Persekutuan, ditutup.

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...