PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Saturday 26 May 2012

Menteri BN Pembohong?



MELAKA: Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Ustaz Mokhtar Senik berkata kerajaan Arab Saudi tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kouta haji untuk jemaah Malaysia dikurangkan disebabkan demonstrasi Bersih 3.0 di Madinah dan Mekah hujung bulan lalu.


Pelik Tapi Benar! Tetamu bawa air sendiri!!


KUANTAN: Bukan menghairankan apabila segelintir pengunjung yang bertandang ke rumah beberapa penduduk dilihat membawa sendiri bekalan air minuman dan walaupun tindakan itu sedikit sebanyak mengguris hati tuan rumah, mereka tidak berdaya berbuat apa-apa.

Semuanya gara-gara sebahagian penduduk di Kampung Cempaka di sini, masih lagi bergantung kepada air perigi dan rintihan mereka untuk mendapatkan bekalan air bersih seakan tiada penghujung walaupun masalah itu berlarutan hampir 55 tahun.

Friday 25 May 2012

NGO gesa Umno henti propaganda murah!!


NGO berkaitan PKR - Jingga 13 - menyokong kenyataan dan pendirian penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa perdana menteri tetap daripada orang Melayu dan menegaskan ia membuktikan segala propaganda murahan Umno dan media Umno telahpun terjawab.

Thursday 24 May 2012

Kejadian gas bocor dan meletup: Penduduk Kerteh ketakutan

(Antara mangsa gas bocor sebelum ini)
KEMAMAN: Penduduk Kerteh dekat sini hidup dalam ketakutan ekoran kejadian kilang meletup dan gas bocor menjadi-jadi di kawasan mereka.


Semalam berlaku lagi kebocoran kepada sebuah kilang di situ menyebabkan bau amonia yang kuat di kawasan Kerteh ini.



Mereka meminta Petronas dan kerajaan khasnya membuat usaha yang bersungguh-sungguh bagi memastikan kesalamatan penduduk kawasan industri ini terjamin.

'SPR, polis, DBKL patut disaman, bukan BERSIH'


Kerajaan sepatutnya menyaman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan bukannya pemimpin BERSIH, termasuk pengerusinya Datuk S Ambiga, kata sebuah NGO.

Wednesday 23 May 2012

Debat PTPTN : Dimana Ada Kemahuan Disitu Ada Jalan!!




Video Penuh Debat PTPTN!!

Pusingan Pertama

Pusingan Kedua




Pusingan Ketiga



Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menegaskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) boleh dihapuskan jika ada kemahuan di pihak kerajaan.


Sehubungan itu katanya, kos yang perlu ditanggung kerajaan untuk menghapuskan PTPTN hanya RM24 bilion berbanding perbelanjaan lain yang  didakwa beliau bukan untuk saluran yang betul.


Tuesday 22 May 2012

Pilihanraya Bersih: Anwar cabar Najib berdebat!


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang didakwa di mahkamah hari ini, mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar berdebat secara umum dengannya mengenai isu pilihan raya yang adil dan bersih.

Kes Mahkamah: Anwar Minta Dibicarakan! Najib Lari Dari Dibicarakan?

Oleh Mohd Martin Kahar)
KUALA LUMPUR 22 Mei: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pendakwaan ke atasnya di bawah Akta Perhimpunan Aman bermotif politik.
“Pertuduhan bertujuan politik dan saya minta dibicarakan,” kata Anwar selepas pertuduhan dibacakan.
Beliau berkata demikian di hadapan Hakim Datuk Yusof Zainal Abidin di Mahkamah Sesyen Jalan Duta pagi tadi.
Yusof merupakan hakim yang sama dalam perbicaraan kes Fitnah II terhadap Anwar sebelum ini.

Monday 21 May 2012

Umno & PAS akhirnya bersatu?


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan bahawa parti tersebut tidak akan bermuzakarah dengan Umno kerana persoalan itu tidak timbul.

SKANDAL SHAFIE APDAL DAN ZAHIDA RAFIK : JINGGA 13 CABAR ZAHIDA KEMUKAKAN BUKTI PENYATA AKAUN BANK




JINGGA 13 MENYELAR penafian Zahida yang terus menerus menafikan tuduhan yang melibatkan Naib Presiden UMNO , Datuk Seri Shafie Apdal tanpa disertakan sebarang bukti yang kukuh. Penafian demi penafian dari kedua dua belah pihak tidak konsisten dan masih tiada fakta. 



Bekas pemandu kepada pelakon Zahida Rafik telah tampil di media dan telah mengaku bahawa beliau pernah menemani aktres itu untuk memasukkan duit berjumlah RM1 juta yang didakwa diberikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Shafie Apdal. 

Sunday 20 May 2012

Polis Guna Pistol Semasa Bersih 3.0!!!


KUALA LUMPUR 19 Mei: “Saya dipukul dengan pistol oleh polis yang beruniform. Akibatnya, saya mengalami kecederaan di dada dan berbekas hingga ke hari ini,” kata Mohd Saufi, 26, yang berasal dari Pulau Pinang.

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...